LIFE

" ما هو الهدف من الحياة؟ الإسلام يجعل من الواضح أن على المسلم ، منذ البداية ، أن الغرض من الحياة هو دائم إلى الله عز وجل عبادة. وينبغي لنا أن نعرف أن السبيل الوحيد لخلاصنا في الدنيا والآخرة في معرفة الرب الذي خلقنا ، يؤمنون به ، وعبادته وحده "


~~~what is the aim of life? Islam makes it clear to the Muslim, from the very beginning, that the permanent purpose of life is to worship Allaah. We should know that the only way for our salvation in this life and in the Hereafter is to know the Lord who created us, believe in Him, and worship Him alone~~~

Followers

Thursday, December 3, 2009

Kisah Cinta Seorang Wanita kepada Pemuda Tampan~~

Inilah antara cinta yang paling masyhur termaktub di dalam Al-Quran. Cerita ini juga dibukukan, dalam buku yang berjudul 'Kisah Cinta Dalam al-Quran'.Buku ini saya pinjam dari

seorang sahabat dan ia amat menarik.Apa2 pun, inilah sedikit sebanyak sinopsis ceritanya. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat. Manfaat untuk bercinta ke? hm…manfaat untuk kita

mengenal Sang Pencipta. Allah Yang Maha Adil terhadap hamba-hambanya..Allah Yang Maha Mendengar doa dan rintihan hamba-hambanya….Allah Yang Maha Cantik dengan ciptaan-

ciptaannya yang indah…Allah Yang Maha Berkuasa mengubah segala sesuatu dan banyak lagi…


Semasa kecil Nabi Yusuf a.s telah dilemparkan ke dalam sumur tua yang ada di tengah padang pasir oleh saudara2 kandungnya yang mencemburuinya kerana kasih bapa mereka, Nabi Ya’qub kepada Nabi Yusuf a.s yang melebihi mereka. Nabi Yusuf a.s diketemukan dgn musafir lalu Nabi Yusuf a.s dibawa ke Mesir lalu dilelong. Lalu perdana menteri Mesir membelinya dan memelihara Nabi Yusuf a.s seperti anak kandungnya sendiri. Nabi Yusuf a.s membesar menjadi pemuda yang sangat tampan dan berkeperibadian yang sangat menawan.

Isteri Perdana Mesir adalah wanita yang cantik menawan rupawan, umurnya masih muda untuk berdamping dgn seorang perdana menteri. Namanya Zulaikhah.. Zulaikhah melihat Nabi Yusuf a.s membesar. Bila Nabi Yusuf a.s telah membesar menjadi seorang lelaki Zulaikhah terpesona dgn ketampanan Nabi Yusuf a.s. Zulaikhah cuba menggoda Nabi Yusuf a.s dagn berbagai2 cara. Namun tidak berhasil. Hinggalah satu masa, Zulaikhah memanggil Nabi Yusuf a.s ke kamarnya dan Zulaikhah mengunci bilik tersebut. Dia cuba menggoda Nabi Yusuf a.s sekali lagi. Namun orang yang telah terpilih sebagai rasul Allah ini sangat mapan imannya.. Allah telah menjaga hatinya dari gelojak nafsu kebanyakan lelaki iaitu wanita. Nabi Yusuf a.s cuba melarikan diri, tetapi begitu kuat juga Zulaikhah mengejarnya.. Lalu tertariklah Zulaikhah akan baju yang dipakai Nabi Yusuf a.s sehingga terkoyak. Koyakan itu berlaku pada belakang badan Nabi Yusuf a.s.

Bila pintu terbuka terkejutlah kedua2nya kerana si perdana menteri telah sedia berdiri di depan pintu. Zulaikhah menuduh Nabi Yusuf cuba menodainya. Nabi Yusuf a.s mempertahankan kebenarannya yang Zulaikhah cuba menggodanya. Then,adalah sorang dari kaum kerabat mereka member cadangan. Jika koyakan baju Nabi Yusuf a.s adalah di bahagian depan, yakni dadanya maka Nabi Yusuf a.s yang bersalah, jika koyakan itu di belakang maka Zulaikhah la yang bersalah. Jelaslah siapa yang bersalah. Tapi, oleh sebab perdana menteri itu mahu menutup malu isterinya dia meminta Nabi Yusuf tidak menceritakan hal ini kepada sesiapa. Tapi, dinding itu mampu mendengar inikan pula manusia. Kisah ini tersebar keseluruh pelusuk Mesir. Ramai yang mencemuh Zulaikhah.

Untuk membela dirinya, Zulaikhah mengadakan majlis dgn memanggil seluruh kaum wanita di Mesir. Mereka diberi makanan yang lazat2. Di penghujung majlis Zulaikhah menghidangkan pada mereka lagi jamuan lalu disertakan dgn pisau. Semasa mereka memotong jamuan itu Zulaikhah meminta Nabi Yusuf a.s untuk keluar menampakkan diri kepada mereka. Pabila Nabi Yusuf a.s keluar, amatlah terpesona kesemua wanita2 yang hadir di majlis itu sehingga mereka melukai jari tangan mereka dgn pisau tanpa sedar. Tengoklah.. Ini baru pertama kali mereka melihat Nabi Yusuf a.s sahkan Zulaikhah yang telah lama memandang Nabi Yusuf a.s.

Para pegawai kerajaan Mesir akhirnya memasukkan Nabi Yusuf a.s ke dalam penjara tanpa batas batu yang ditetapkan. Langkah ini bertujuan untuk menutup skandal isteri perdana menteri. Selama bertahun2 Nabi Yusuf a.s tinggal di dalam penjara sehinggalah Nabi Yusuf a.s berjaya menafsir mimpi raja Mesir. Raja Mesir memanggil Nabi Yusuf a.s untuk keluar dari penjara namun ditolak Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf a.s meminta raja Mesir membesrsihkan namanya terlebih dahulu. Raja Mesir menurutinya. N, semuanya berjalan lancar.. Nama Nabi Yusuf a.s telah bersih dan diangkat menjadi bendaharawan Negara. Seiring dgn perkembangan zaman, usia Zulaikhah pun dimakan zaman, kini dia menjadi wanita tua dan papa, matanya rabun dan pendengarannta tidak tajam.

Tapi cintanya pada Nabi Yusuf a.s tidak pernah padam. Zulaikhah pada awalnya adalah seorang penyembah berhala tatkala dia cuba menggoda Nabi Yusuf a.s. Selepas kejadian itu, dia menghancurkan seluruh berhala2nya. Dia berpindah hati, di atujukan cintanya pada Allah Azza Wa Jalla.. Allah sentiasa mendengar rintihan hati Zulaikhah. Zulaikhah berdoa: “Wahai Allahku, kini tiada lagi harta, kedudukan dan kecantikan yang kumiliki. Diriku hidup sebatang kara, tua, hina, dina dan papa. Engkau uji diriku dgn cinta kepada Yusuf a.s. Maka sambungkan cintaku kepada Yusuf a.s. Jikalau Engkau tidak berkenan mewadahi cintaku dgn Yusuf a.s. Maka ambillah cintaku di hati Yusuf a.s, agar aku muarakan segenap cintaku hanya kepada Engkau semata.”

Para malaikat terharu dan bersimpati dgn Zulaikhah, dan kemudian mereka memohon kepada Allah untuk membantu Zulaikhah. Lalu Allah berkata,”Wahai para malaikat, telah tiba saatnya menolong dirinya.”

Tatkala Nabi Yusuf a.s melalui tempat Zulaikhah tinggal, Zulaikhah memanggilnya. Nabi Yusuf a.s bertanyakan Zulaikhah kemana perginya harta kekayaanmu? Kecantikanmu? Zulaikhah menjawab,”Semuanya terkubur oleh cintaku kepadamu wahai Yusuf a.s. ” Lalu Nabi Yusuf a.s bertanya lagi,”Apa yang kau inginkan saat ini Zulaikhah?” Zulaikhah menjawab,”Aku inginkan 3 hal. Kecantikan, harta dan jalinan pernikahan.” Nabi Yusuf a.s sangat terkejut mendengar permintaan itu lalu bergegas pergi dari situ.

Saat itu, Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Yusuf a.s melalui malaikat Jibril. Wahyu tersebut mengatakan yang Allah telah melamar Zulaikhah untuk Nabi Yusuf a.s. Para malaikat menjadi saksi pertunangan mereka. Nabi Yusuf a.s bertanya kepada malaikat Jibril,”Wahai Jibril, bukankah Zulaikhah sekarang ini tidak cantik lagi? Dia sudah tidak berharta dan tidak muda lagi?” Lalu berkatalah malaikat Jibril,”Allah berkuasa atas apa yang Dia kehendaki.”

Allah kemudian menganugerahkan kepada Zulaikhah kecantikan dan kejelitaan. Dia tampak muda, seperti gadis berusia 17 tahun, bahkan lebih menawan dari Zulaikhah yang pernah cuba menggoda Nabi Yusuf a.s.

Selepas pernikahan mereka, Nabi Yusuf a.s benar2 tidak berdaya menahan dirinya. Tiap kali melihat wajah Zulaikhah, Nabi Yusuf a.s akan tergoda dan meminta untuk menghabiskan masanya bersama Zulaikhah. Nabi Yusuf a.s tidak tahan menunggu lama isterinya khusyuk menunaikan solat. Nabi Yusuf a.s benar mengemis dan merayu cinta Zulaikhah. Nabi Yusuf a.s memohon Zulaikhah untuk menunaikan permintaannya, namun Zulaikhah menolak. Dia berdiri meninggalkan suaminya untuk melanjutkan solat. Cintanya hanya untuk Allah. Nabi Yusuf a.s mengejar isterinya dan cuba menangkap tubuhnya sehingga baju Zulaikhah terkoyak. Melihat kejadian itu malaikat Jibril turun dari langit dan mendatangi Nabi Yusuf a.s dan berkata: Wahai yusuf baju dgn baju. Kepedihan Zulaikhah terbalas dgn kepedihanmu! Maha suci Allah. Tuhan Pengubah situasi. Baju dgn baju.

begitulah kisahnya....sungguh..Allah Maha Penyayang..~~

Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah sekiranya dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu...

Wednesday, December 2, 2009

Got 27 here to complete~~hehe

Got 27 here to complete..i hate to do things like this before, but not this time ~_^ credit to :

mekma

let's gO..!!

1. A person is only as good as -> trying to improve himself
.2. Friendship is -> if yOu all hate me, but im always here for you forever..
3. To love is to -> share and to care, sometimes need sacrifice
4. Money makes me -> think what to do to cheer others
5. I miss -> my great frend mekma a.k.a nur Aizatul Akmal, also miss those who had been there deep in my heart
6. My way of saying I care is by -> my actions with sense of love, also by words to let them feel appreciated
7. I try to spread love and happiness by -> sharing and caring
8. Pick the flowers when -> I want pick it
9. To love someone is to -> show that you care
10. Beauty is -> very subjective.. anugerah pemberian Maha Pencipta..
11. When I was thirteen, what I remember the most was -> ~~

12. When I was twenty one, I remember -> need 2 years to go
13. I am most happy when -> you were there to share
14. Nothing makes me happier than-> having a chance to go to baituLLah
15. If I can change one thing, I will -> studying harder

, 16. If smiles were...healing the wounds and releasing the pains.then I -> ~~

17. Wouldn't it be nice if we could -> have something nice to do every day without any suffering
18. If you want to ...be respected.then you have to -> respect the others
19. Money is not everything but -> almost everything is about money
20. The most touching moments I have experienced is -> dnt hve

21. I smile when -> i meet people
22. When I am happy, I -> will share the happiness
23. If only I don't have to ...study.Then -> I wanted to have my own family (married) =)
24. The best thing I did yesterday was -> meet my lil bro Syed Muhammad Aqiff Naufal
25. If I ever write a book, I will give it this title, life as a Teacher
26. One thing I must do before I die is -> being an anak solehah
27. Doing this meme, I feel like -> sharing my feelings

Thursday, November 26, 2009

Salam AidilAdha ~~

ASSALAMUALAIKUM


Pengorbanan IBRAHIM wajar dicontohi,
ketaatan ISMAIL dijadikan ikutan,
kesetiaan HAJAR lambang kasih sejati,
bersama menghayat PENGORBANAN MITHALI..

setelaH hArI2 berlaLU...
tanPa dIsEdarI, AidilAdHa tIbA keMbaLI...
siFaQir meNaNtiKaN dEtIK2 iNI baGi mErEka yAnG haNya dPT meNiKmaTi daGing HaNya SeTahUn sKalI..


pEngOrBanaN meMbaWa eRti yaNg besAr.
peNgorBanaN iTu teRLaLu lUas dEfinISinYa...

DiKeseMpaTan iNi... saYa inGin Mengucapkan Salam AidilAdha.. "QorbAn Jangan Tak QorBan"

kepada :

ummi & walid terchenta (sharifah sariah & syed alwi)
adik bradikku y selalu bergaduh n berlumba lari dlm rmh =) (kak ain..aisyah..adam)
saudara mare
sahabat blogger
sahabat handai..
n xlupe kepada nur aizatul akmal binti zulkifli(mekma)huuu

Wednesday, November 25, 2009

Monday, November 23, 2009

story of froG~~



“Tuan-tuan dan puan-puan katak, hari ini kita bakal menyaksikan satu-satunya pertandingan yang julung kali diadakan, iaitu pertandingan berenang merentasi Tasik Titiwangsa. Hadiah kali ini cukup istimewa. Pemenang pertandingan ini akan dianugerahkan gelaran Putera Katak dan 100,000 ekor lalat! Semua katak-katak yang mengambil bahagian, sila ambil tempat masing masing”.


Katak-katak yang hadir mengambil tempat masing-masing. Ada yang berteduh di bawah daun keladi, ada pula yang menyalut tubuhnya dengan lumpur. Masing-masing bergitu teruja dengan pertandingan gilang gemilang yang akan berlangsung itu.

“Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan katak sekalian, pertandingan kali ini agak berlainan sedikit kerana kita menerima penyertaan daripada seekor katak KKU (Katak Kurang Upaya) yang bernama Citut. Katak ini pekak telinganya dan juga bisu serta hanya mempunyai 2 kaki belakang sahaja! tetapi bersemangat waja untuk menyeberangi tasik titiwangsa!”

“Ong… Ong.. Ong..” sorakan daripada para hadirin tanda memberi sokongan.
Tak kurang jugak yang mengutuk “Booo… Booo… dah tau tak boleh nak gagah jugak.. nak cari publisiti lah tu..”

Kegarisan…
Sedia…
Mula..

Ponnnnn!!! Siren dibunyikan tanda bermulanya pertandingan merentasi Tasik Titiwangsa bagi peringkat Katak-Katak seMalaysia.

Penuntut bersorak memberi sokongan kepada ahli keluarga, rakan karib, rakan setempurung dan sebagainya. Ketika perlawanan berlangsung, semua peserta kelihatan berenang dengan pantas. Namun begitu, kelihatan seekor katak berenang terhuyung-hayang. Ramai yang ketawakannya.

Kau tengok Citut tuh, dah tau tak boleh.. nak gagah jugak.. hisshh..”
“aa’ah.. terkedek-kedek macam katak!
“eh bukan die memang katak ker?
“owh lupe.. die kate.. eh kita pon katak jugak kan?”
“a’aah la.. lupe lah.. hisshh.”
“hahahaha.. dah-dah.. ngarut jerk kau nih.. meh kita nyakat si Citut tuh!”

“Weih… Citut sudah lah.. kau tu takkan berjaya sampai ke seberang Tasik tuh.. kaki kau dah la cacat… telinga pulak pekak… bisu pulak tue! takkan berjaya nyer…”
“A’aah.. sudah la jangan buang mase.. baik ko pergi minta sedekah lagi baik!”
“Hahahah…”

Setelah 3 Jam pertandingan…

Kesemua katak-katak kepenatan. Seekor demi seekor menarik diri dari pertandingan tersebut kerana termakan hasutan penonton yang hadir.

“Dah la.. korang takkan sampai punye.. ingat dekat ker..? jauh tuuuu.. dah la..”
“Katak juara Olympic pon tak lepas seberang tasik ni.. ni pulak hangpa..”

Tak kurang juga peserta yang berhenti dan bertikam lidah dengan pononton yang cuba menghasut.

“Korang ni tak de kerje lain ker? bukan nak bagi semangat dekat kami.. dah tu.. siap kutuk lagi..”

Ada di antara mereka yang terlibat dengan pergaduhan. Ada yang dibunuh. Mati katak…

Namun begitu si Citut yang pada mula di belakang terus berenang dengan semangat. Cercaan dan hinaan penonton di tebing, disangkakannya adalah sorakan untuknya. Semakin kuat cercaan, semakin kuat dia mendayung~

“Ah.. tak sangka begitu ramai yang memberi sokongan kepadaku.. Ish.. aku tak leh hampakan mereka!” Suara hatinya membisikkan kata semangat.

“Ya, Allah, bagilah aku kekuatan untuk sampai ke penghujungnya. Aku nak balasi sokongan mereka dengan kejayaanku Ya Allah” Rayu si Citut kepada Allah mohon agar di beri kejayaan.

Seekor demi seekor, si Citut dapat tewaskan dan akhirnya, si Citut berjaya tiba ke Hujung Tasik Titiwangsa tersebut. Sekaligus memenangi hadiah pertandingan persebut.

Apa kaitan kisah katak itu dengan kita?

Walau apa pun yang kita lakukan, walaupun kita serba kekurangan, ada banyak kelemahan dan kekangan, kita tetap perlu lakukan dengan bersemangat! Anggap kritikan, hinaan, cercaaan daripada “suara-suara ghaib” itu sebagai pendorong dan motivasi untuk kita capai apa yang kita sasarkan.

Bisukan mulut kita daripada menjawab kritikan-kritikan atau hinaan-hinaan, cercaan-cercaan kerana kita hanya melambatkan kejayaan kita untuk mencapai matlamat tersebut dengan melayani karenah “suara-suara ghaib” tersebut.

Dan yang paling penting, berdoalah kepada Allah agar dimudahkan segala urusan kita, memudahkan kita mencapai matlamat yang telah kita sasarkan itu.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186) “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina” (Al Ghafir:60)

Jaga 7 Sunnah Rasul

assalamualaikum w.b.t.


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. "

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.


Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.



" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Sunday, November 22, 2009

berSyukur~

Sudahkan kita bersyukur hari ini? Berapa kali kita bersyukur hari ini? Apa yang kita syukuri? Kepada siapa kita bersyukur? dan banyak lagi pertanyaan-pertanyaan lain di dalam hati mengenai syukur ……

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberikan pernyataan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Ku-tambah nikmat-Ku kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).

Bagaimana bersyukur itu? … ada lagi pertanyaan ni. Bersyukur, sesuatu yang mudah untuk di katakan, mudah untuk dijelaskan … tetapi tidak mudah untuk dilakukan. Kemungkinan hanya sebahagian dari kita akan mengatakan, saya selalu mengatakan ‘Alhamdulillah’ kalau mendapatkan suatu kenikmatan, memang betul demikian adanya. Bagaimana pada saat kita mendapatkan sebaliknya, misalnya kehilangan dompet? Apakah kita bersyukur? Mestinya ya tetap bersyukur, kerana yakinlah, selalu ada rahmat Allah dibalik peristiwa yang menurut kita buruk. Kalau kehilangan dompet, apa yang disyukuri. Kita besyukur, yang hilang hanya dompet, motor kita tidak ikut hilang.


Begitu juga dengan sejumlah manusia yang dilahirkan dalam keadaan kurang sifat contohnya tiada kaki atau sebagainya. Hal ini adalah satu pemberian Allah yang tiada tolak bandingnya dan kita patut menerima semua ini sebagai satu ujian dalam hidup dengan seadanya. Walaupun kelahiran anda tidak sempurna ini tidak bermakna kita kurang segalanya. Sebagaimana yang kita tahu setiap apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya.


Di sini terdapat sebuah penceritaan dari seorang yang dilahirkan tidak sempurna, tapi beliau mampu menjalankan kehidupan dengan sempurna..Kadang penat telinga nih dengar keluhan kata mereka tidak sempurna..Tapi ingatlah ada yg lebih tidak sempurna tetapi mereka menghargai kehidupan mereka lebih daripada kita manusia yang diciptakan sempurna.

Silent Inspiration from Married Couple who have disabilities
But Lead Normal Life.

Fatima And Ahmad married

with both having disability..

Ahmad Has no both hands,

And Fatima has no both feet

but the couple are both strong in

the field of artwork activities.

























































Mereka berdua boleh nikmati hidup dengan baik..kenapa? Sebab mereka tabah menghadapi setiap ujian dan semangat mereka kuat..Tidak lemah atas ketidaksempurnaan yang mereka peroleh..