" ما هو الهدف من الحياة؟ الإسلام يجعل من الواضح أن على المسلم ، منذ البداية ، أن الغرض من الحياة هو دائم إلى الله عز وجل عبادة. وينبغي لنا أن نعرف أن السبيل الوحيد لخلاصنا في الدنيا والآخرة في معرفة الرب الذي خلقنا ، يؤمنون به ، وعبادته وحده "
~~~what is the aim of life? Islam makes it clear to the Muslim, from the very beginning, that the permanent purpose of life is to worship Allaah. We should know that the only way for our salvation in this life and in the Hereafter is to know the Lord who created us, believe in Him, and worship Him alone~~~
Ya Allah..anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berselawat ke atasnya...............
terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga tertunai segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia,
...........................kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan jua Ya Allah ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagi-Mu...
Salam perjuangan buat semua....
Alhamdulillah syukur yang tak terhingga aku panjatkan ke hadrat ILAHI kerana masih lagi menghembuskan roh ke dalam jasadku yang hina ini.
Subhanallah…
Alhamdulillah…
Allahuakbar…
Alhamdulillah dapat lagi diri ini memuji yang yang ESA.. rasanya tidak lewat lagi bagi ku untuk mencoretkan sedikit bingkisan hidupku sempena hari lahirku yang ke 19. Subhanallah.. rupanya usia semakin singkat, tidak sedar diri ini akan peredaran masa yang begitu pantas meninggalkanku..sehinggakan rasa baru sahaja menamatkan zaman persekolahan.. masa-masa yang lalu tidak akan kembali lagi menemui ku untuk kali keduanya. Namun, masa-masa yang mendatang belum tentu bagiku untuk menemuinya. Mungkin diri ini terbujur kaku sebelum usia mencapai 20 tahun atau lebih awal dari tu.. semuanya ketentuan Allah. Allah yang menentukan hidup dan mati setiap makhlukNYA. Dalam meniti usia 19 tahun ini, mungkin terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Namun, berapa kalikah aku bertaubat??? Diri ini hina sekali, begitu angkuh di hadapan al-Khaliq. Aku hanyut, aku alpa, aku leka, aku lalai dengan nikmat yang diberi pinjam olehNya. Begitu sedikt aku bersyukur memuji yang ESA dengan nikmat yang aku dapat sekarang.. subhanallah, begitu jahilnya diri ini.
Hmm, sempena hari lahirku yang ke 19 ini, banyak ucapan yang aku terima daripada sahabat2ku, dan yang paling penting dari keluargaky.. aku menerima mesej daripada sahabat2ku..terutama dari roomate ku sendiri walaupun pada ketika itu aku berada di perak bersama teman sekelasku.. dan terima kasih banyak2 kepada rakan sekelasku seramai 18 orang yang mengucapkan selamat hari lahir kepada ku dalam bas..tipa-fara-ainul-bela-fizah-yani-ati-rabi-kak ezzah-kak wani-izah-abg wadi-farid-ke`ot-paan-leman-naim dan syam...syukran ya untu ucapan kamu semua…
Selepas itu, aku banyak lah menerima mesej2 daripada kawan2 yang lain mengucapkan selamat kepadaku. Namun,yang paling membuatkan aku terharu dan gembira adalah mendapat ucapan dari seseorang yang amat aku sayang. Amat aku kasihi. Jika dibandingkan dengan dunia dan seisinya, aku tidak rela kehilangannya buat selama-lamanya. Seseorang yang cukup bermakna buat diri ini. Orang yang mengandungkan ku 9 bulan 10 hari, menjaga dan membesarkanku sejak dari kecil lagi. Orang ayang aku maksudkan itu ialah ummiku. Ya ummiku. Aku takkan lupakan jasa ummi dan walidku, mereka banyak berkorban untukku. Takkan aku lupakan semua pengorbanan mereka. Insya’allah akan aku tunaikan…
Dan untuk sahabat2 yang lain, terima kasih banyak aku ucapkan atas ucapan yang diberikan padaku ini. Sekian dahulu bingkisan hidupku untuk kali ini.. insya’allah akan di coretkan lagi pada masa mendatang jika diberi ruang dan kesempatan..
salam..~~ alhamdulillah sudah selesai karnival ini..yang bermula 7-8 julai yang lalu di IPGM KKB (kampus KOTA BHARU)..walaupun dah lama selesai sekarang baru ada masa untuk berkongsi apa y berlaku..hehe maklumlah busy..^_^ karnival selama 2 hari ini brtujuan mendedahkan guru-guru pelatih kepada pelajar2 istimewa yg perlu kita berikan kasih syg yg lebih dlm proses P&P... syukur juga krana apa yg dirncgkan dpt berjln dgn lncr...huhuhu...
disini saya ada 1 rakaman persembhan pelajar2 ni...comel sangat2..hhehe so sapa2 yang baca blog saya ni bukak la then tgok ye hehe...
Seringkali kita menjadikan pakaian sebagai alasan yang menghalang sesuatu kerja dilaksanakan dengan sempurna sehinggakan banyak peraturan yang ditetapkan, kononnya untuk kemudahan bersama. Contohya:
1- Dalam bidang sukan, para atlet diwajibkan memakai baju yang sesuai dengan peraturan yang digariskan. Memakai seluar pendek dan baju ketat, terutamanya yang menampakkan aurat wanita, dianggap sebagai dapat membantu sang atlet berlari dengan lebih pantas... Buktinya, alasan ini meleset sama sekali apabila seorang muslimah dari Bahrain telah mendapat tempat pertama dalam acara pecutan semasa Sukan Asia Edisi yang terkini. Sedangkan umum sudah mengetahui bahawa pakaian yang dipakai oleh Ruqayyah al-Ghasara sudah jelas menutup aurat dari ujung rambut, hingga ke hujung kaki.
2- Seorang staf di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur telah diberhentikan kerja hanya kerana beliau tidak bersetuju dengan undang-undang larangan memakai tudung. Persoalannya, adakah dengan memakai tudung, maka kerja kita akan terganggu?
Di Iran, polis wanita juga diwajibkan memakai tudung bagi yang muslimah. Kita lihat saja gambar-gambar di bawah, bagaimana muslimah yang memakai pakaian yang lengkap, tidak terhalang untuk melakukan latihan kepolisisan. ... Fikir-fikirkanlah duhai saudari yang kukasihi kerana Allah, apa yang menghalangimu untuk menutup aurat dengan sempurna dan berhijab?
Segak berkawad..
Tangkas setiap masa..
Bijak menggunakan senjata..
Penuh berhemah...
Ilmu pertahanan diri...
Memasang senjata dalam keadaan tertutup mata...
Cergas..
Kalu mcm ni, mesti selamat punya...
Dalam keadaan sedia...
Polis Malaysia belum tentu boleh...
Latihan menggunakan senjata
Tembakan tepat...
*wahai kawan-kawanku diluar sana y bergelar wanita..renung2 kan lah..tiada alasan untuk kamu semua tidak menutup aurat!!!
letih..letih..oh letih..hehe... smpai dri kedah kol 1.20 msok bilik smbyg then p klas kol 2 huuuuuuu ngantok gile lam klas tdi..tpi nsib jnis y xsuke tido lam klas...lect ajr td pn cm kureng msok je...tyme math je ok..sbb math xboring..keke~~~
Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kpd para wanita...... .
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala80 tahun ibadat.
Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?
Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.
Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan,etc... .
Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.
Hadis nabi mengenai wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Nilai Seorang wanita solehah
Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH.
"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya". Ath-Thabrani.
"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya". Ibnu-majah.
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa
yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa
kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya
kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada
kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya,
seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama
sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah.
Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian. Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.
2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).
4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.
5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang.
Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.
6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.
7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.
8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.
9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.
10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
salam.. hmm da stat new sem ni mknenya stat balik la kelas tuition tu hehe...mlm ni ngajar budak darjah satu..aduhhh memerlukan kesabaran yang tinggi la...klu x memang masuk parit r semua budak2 tu kene humban...betul la kata orang ngajar budak bru beljar ni susah ...lagi senang ngajar budak y dah pandai or budak universiti walaupun apa yang diajar tu susah..berbanding ajar budak darjah satu dan apa y diajar tu senang...tu baru 3 orang tadi...klu t kene handle 1 kelas 30-40 orang..xtaw nk ckp apa mintak dari ALLAH supaya memberikan kesabaran yang maksima kepada ku...apa taknye suruh buat tu malas suh buat ni malas..baru darjah 1 tpi kira dah pndai menjawab...hmm cmna la budak2 yang bakal ku ajar di sekolah 4 tahun lagi...mesti lagi advance dari tu...tapi apa2 pun demi mencurahkan ilmu insyALLAH dapat kte handle sume tu nanti..so kawan2 doakan la saya dapat jd cikgu y adil dalam memcurahkan ilmu 4 tahun lagi...
Mangajar itu sedekah yang paling baik
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: “Sebaik-baik sedekah itu bahawa muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudia dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim.”(Hadis Riwayat Ibnu Majah)