LIFE

" ما هو الهدف من الحياة؟ الإسلام يجعل من الواضح أن على المسلم ، منذ البداية ، أن الغرض من الحياة هو دائم إلى الله عز وجل عبادة. وينبغي لنا أن نعرف أن السبيل الوحيد لخلاصنا في الدنيا والآخرة في معرفة الرب الذي خلقنا ، يؤمنون به ، وعبادته وحده "


~~~what is the aim of life? Islam makes it clear to the Muslim, from the very beginning, that the permanent purpose of life is to worship Allaah. We should know that the only way for our salvation in this life and in the Hereafter is to know the Lord who created us, believe in Him, and worship Him alone~~~

Followers

Sunday, August 30, 2009

PUASA SEMPURNA BENTUK PERIBADI..!~~

Assalamualaikum W.B.R...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Alhamdulillah..Sudah 9 hari kita diberi keizinan Allah untuk bertemu Ramadan al-Mubarak yang mewajibkan untuk kita melaksanakan Rukun Islam ketiga iaitu berpuasa. Allah berfirman bermaksud: “Hai orang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti diwajibkan atas orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah, ayat 183)

Ada beberapa peringkat harus diberi perhatian supaya termasuk dalam golongan puasa terbaik. Ini diingatkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya bermaksud: “Berapa ramai orang yang berpuasa mereka tidak mendapat apa-apa balasan melainkan lapar dan dahaga.

”Peringatan ini jelas menunjukkan kita perlu berpuasa seperti dikehendaki Islam supaya mendapat balasan Allah seterusnya menjadikan kita orang bertakwa.

KATEGORI PUASA..KITA DIMANA????

PUASA PERINGKAT PERTAMA,
-puasa orang awam yang sekadar menahan diri daripada makan, minum dan tidak melakukan persetubuhan ketika siang. Namun pancaindera lain seperti mata, telinga, tangan, kaki, mulut, pemikiran dan lebih penting hati tidak dipelihara malah berlipat ganda melakukan perkara negatif yang mengurangkan pahala.

PUASA PERINGKAT KEDUA
-puasa ahlul khusus iaitu mereka menahan diri daripada makan, minum dan tidak mengikuti kemahuan syahwat serta menjaga anggota zahir lain daripada perbuatan yang keji. Namun mereka lalai mengingati Allah. Jasad saja yang berpuasa tetapi unsur terpenting iaitu hati mereka abaikan sehingga terus alpa terhadap Allah.

PUASA PERINGKAT KETIGA DAN TERBAIK
-puasa ahli khusus/ahlul ma’rifah iaitu mereka meninggalkan semua perkara di atas di samping menjaga hati supaya tidak lalai mengingati Allah. Segala amalan dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah. Inilah martabat ibadah puasa nabi dan sidikin dan mendapat ganjaran besar di sisi Allah.

KETAHUILAH KONSEP BERPUASA..JANGAN MAIN REDAH JE!!!

Konsep asas Allah mewajibkan kita berpuasa ialah supaya dapat menjadi hamba-Nya yang bertakwa. Menerusi puasa, beberapa panduan serta larangan ketika melaksanakan ibadah melahirkan rasa syukur kepada Allah, sifat kasih sayang sesama insan, perasaan yang mendorong kita saling membantu lebih-lebih lagi mereka yang memerlukan perhatian.

Puasa sempurna dapat melahirkan insan muttaqi iaitu modal insan yang amat bernilai dan mampu berkhidmat untuk agama Allah dengan penuh penghayatan dan mereka adalah nukleus bagi pembangunan mapan ummah.

Inilah golongan yang berjaya dilahirkan Muhammad SAW iaitu sahabat. Sifat serta kriteria sahabat dulu semakin terhakis kerana kehidupan hari ini berdepan pelbagai cabaran. Ada yang gugur dengan percubaan dan ada pula yang berusaha gigih menghadapinya. Ketibaan Ramadan kali ini adalah kesempatan terbaik untuk berusaha menggilap kembali semangat serta kesungguhan yang tertanam kukuh dan jitu dalam jiwa dan sanubari sahabat Nabi SAW.

SIKAP KITA MENCACATKAN PUASA?BETUL atau TIDAK????

Kadangkala sikap menjadi penghalang daripada menjiwai tujuan sebenar berpuasa. Sikap sebahagian umat Islam pada Ramadan ada yang bersungguh-sungguh beramal dan ada yang lalai. Masih ada antara kita yang berpuasa sebagai adat bukan ibadat. Faktor iman dan mengharapkan keredaan Allah tidak menjadi pendorong untuk melaksanakan ibadah.

Ada yang berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi tidak menghalang daripada melakukan perbuatan mungkar seperti berdusta, mengumpat, menipu atau berkata lucah. Ada yang mengambil ringan sahur sehingga meninggalkannya sedangkan banyak hadis menyatakan kelebihan sahur. Ada yang bangun lewat sehingga tertinggal solat Subuh.

Ibadat solat fardu dan sunat hanya dilakukan pada Ramadan serta bersungguh-sungguh mengerjakan tarawih dan witir tetapi meninggalkan solat fardu. Bersungguh dalam pelaksanaan ibadat pada Ramadan termasuk membaca al-Quran untuk diri sendiri, tetapi mengabaikan pembabitan ahli keluarga untuk sama beribadah.

Terlalu membandingkan antara imam solat tarawih sehingga sampai pada peringkat mengumpat dan menghina. Bersungguh-sungguh menghidupkan ibadat hanya pada awal sehingga pertengahan Ramadan sedangkan banyak hadis menyatakan kelebihan 10 hari terakhir antaranya lailatul qadar.

Tilawah al-Quran hanya pada Ramadan dan berakhir bersama Ramadan. Rajin membaca al-Quran, tetapi tidak berusaha memahami dan menghayati kandungannya sebagai panduan kehidupan seharian. Bersungguh-sungguh melaksanakan puasa, namun mengabaikan kewajipan lain seperti solat, menunaikan haji, menutup aurat, menghubungkan silaturahim, menuntut ilmu, menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran.Tidak bersimpati dan mengambil berat terhadap saudara Islam yang mengalami penderitaan, kesusahan, kelaparan serta terus dengan sifat bakhil dan kedekut.

Mensia-siakan fadilat atau kelebihan iktikaf di masjid terutama pada 10 akhir Ramadan. Masa dihabiskan membuat persiapan 1 Syawal. Tidak salah untuk membuat persiapan tetapi kita terlepas satu masa dan ketika yang afdal melakukan ibadat.

Ramadan ialah proses membentuk mukmin muttaqi iaitu insan paling mulia di sisi Allah. Kemuliaan ini tidak diperoleh melainkan dengan usaha dan mujahadah yang tinggi

.-ku harap diri ini beroleh puasa yang diredhai Allah...-

Thursday, August 27, 2009

selaMat BErpUasa...^_^



selAmaT bErPose tO:-

walid and umi
kak ain, aisyah n adam
wan & abah ki , tok mi & tok ki
unti,uncle
kazens...(yani n yuni da busuk gurl)
kawan2 y mengenali diri ini dari 12 julai 1990 hingga skrg huuuu..
mekma, unie, jirah, n sume2..
dak2 IPGM KKB ( batch julai 08)
epi ramadhan..pose jgn xpose...!!

Monday, August 10, 2009

Syaaban...~~

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.
Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:
1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.
2. Keperkasaan dan ketinggian.
3. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.

4. Kasih-sayang dan kemesraan.

5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.

ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN

1. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam.Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.

ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN

Memperbanyakkan puasa sunat.

Saidatina Aisyah berkata:Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saidatina Aisyah berkata:Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Melazimi Berzikir dan Berdoa

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.(Riwayat Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Doa merupakan otak kepada ibadat.(Riwayat at-Tarmizi).

Saidatina Aisyah berkata:Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.(Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat dan Beristighfar

Firman Allah swt yang bermaksud: Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.(Surah an-Nur: ayat 31).

KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.(Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.(Riwayat Baihaqi).

Berkata Imam Shafie:Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.
Berkata Imam Ghazali:Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban.

MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN

Para tabiin ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:
Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabiin dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak.

Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabiiin itu dan dilakukan juga oleh para ulama.

PENUTUP

Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan keutamaan yang mesti direbut. Tulisan ringkas ini adalah sekadar untuk mengingatkan mana-mana yang terleka dan alpa dalam menjalani hidup ini sebagai hamba Allah Taala yang amat kerdil lagi hina. Saya juga tidak bercadang untuk memanjangkan tulisan ini dengan perbincangan berbentuk khilaf yang boleh memeningkan kepala masyarakat. Semoga kita semua berada di dalam redha Allah Taala setiap masa. InsyaAllah.‘Memberi dan Berbakti’Wallahaulam.

Copied from:

Saturday, August 8, 2009

24 n 27 july..

epi 21st ANNIVERSARY uMMi & wALId n epi 15th besday to my luvly sister sHarifah nur Aisyah Alya..

Thursday, July 30, 2009

12 Julai 2009~~

Ya Allah..anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berselawat ke atasnya...............

terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga tertunai segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia,

...........................kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan jua Ya Allah ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagi-Mu...

Salam perjuangan buat semua....


Alhamdulillah syukur yang tak terhingga aku panjatkan ke hadrat ILAHI kerana masih lagi menghembuskan roh ke dalam jasadku yang hina ini.


Subhanallah…

Alhamdulillah…

Allahuakbar…


Alhamdulillah dapat lagi diri ini memuji yang yang ESA.. rasanya tidak lewat lagi bagi ku untuk mencoretkan sedikit bingkisan hidupku sempena hari lahirku yang ke 19. Subhanallah.. rupanya usia semakin singkat, tidak sedar diri ini akan peredaran masa yang begitu pantas meninggalkanku..sehinggakan rasa baru sahaja menamatkan zaman persekolahan.. masa-masa yang lalu tidak akan kembali lagi menemui ku untuk kali keduanya. Namun, masa-masa yang mendatang belum tentu bagiku untuk menemuinya. Mungkin diri ini terbujur kaku sebelum usia mencapai 20 tahun atau lebih awal dari tu.. semuanya ketentuan Allah. Allah yang menentukan hidup dan mati setiap makhlukNYA. Dalam meniti usia 19 tahun ini, mungkin terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Namun, berapa kalikah aku bertaubat??? Diri ini hina sekali, begitu angkuh di hadapan al-Khaliq. Aku hanyut, aku alpa, aku leka, aku lalai dengan nikmat yang diberi pinjam olehNya. Begitu sedikt aku bersyukur memuji yang ESA dengan nikmat yang aku dapat sekarang.. subhanallah, begitu jahilnya diri ini.



Hmm, sempena hari lahirku yang ke 19 ini, banyak ucapan yang aku terima daripada sahabat2ku, dan yang paling penting dari keluargaky.. aku menerima mesej daripada sahabat2ku..terutama dari roomate ku sendiri walaupun pada ketika itu aku berada di perak bersama teman sekelasku.. dan terima kasih banyak2 kepada rakan sekelasku seramai 18 orang yang mengucapkan selamat hari lahir kepada ku dalam bas..tipa-fara-ainul-bela-fizah-yani-ati-rabi-kak ezzah-kak wani-izah-abg wadi-farid-ke`ot-paan-leman-naim dan syam...syukran ya untu ucapan kamu semua…


Selepas itu, aku banyak lah menerima mesej2 daripada kawan2 yang lain mengucapkan selamat kepadaku. Namun,yang paling membuatkan aku terharu dan gembira adalah mendapat ucapan dari seseorang yang amat aku sayang. Amat aku kasihi. Jika dibandingkan dengan dunia dan seisinya, aku tidak rela kehilangannya buat selama-lamanya. Seseorang yang cukup bermakna buat diri ini. Orang yang mengandungkan ku 9 bulan 10 hari, menjaga dan membesarkanku sejak dari kecil lagi. Orang ayang aku maksudkan itu ialah ummiku. Ya ummiku. Aku takkan lupakan jasa ummi dan walidku, mereka banyak berkorban untukku. Takkan aku lupakan semua pengorbanan mereka. Insya’allah akan aku tunaikan…


Dan untuk sahabat2 yang lain, terima kasih banyak aku ucapkan atas ucapan yang diberikan padaku ini. Sekian dahulu bingkisan hidupku untuk kali ini.. insya’allah akan di coretkan lagi pada masa mendatang jika diberi ruang dan kesempatan..


Friday, July 17, 2009

KARNIVAL PENDIDIKAN KHAS..~~


salam..~~
alhamdulillah sudah selesai karnival ini..yang bermula 7-8 julai yang lalu di IPGM KKB (kampus KOTA BHARU)..walaupun dah lama selesai sekarang baru ada masa untuk berkongsi apa y berlaku..hehe maklumlah busy..^_^
karnival selama 2 hari ini brtujuan mendedahkan guru-guru pelatih kepada pelajar2 istimewa yg perlu kita berikan kasih syg yg lebih dlm proses P&P...
syukur juga krana apa yg dirncgkan dpt berjln dgn lncr...huhuhu...

disini saya ada 1 rakaman persembhan pelajar2 ni...comel sangat2..hhehe so sapa2 yang baca blog saya ni bukak la then tgok ye hehe...


Tuesday, July 14, 2009

Apa Alasan Muslimah Untuk Tidak Menutup Aurat?

Seringkali kita menjadikan pakaian sebagai alasan yang menghalang sesuatu kerja dilaksanakan dengan sempurna sehinggakan banyak peraturan yang ditetapkan, kononnya untuk kemudahan bersama. Contohya:

1- Dalam bidang sukan, para atlet diwajibkan memakai baju yang sesuai dengan peraturan yang digariskan. Memakai seluar pendek dan baju ketat, terutamanya yang menampakkan aurat wanita, dianggap sebagai dapat membantu sang atlet berlari dengan lebih pantas... Buktinya, alasan ini meleset sama sekali apabila seorang muslimah dari Bahrain telah mendapat tempat pertama dalam acara pecutan semasa Sukan Asia Edisi yang terkini. Sedangkan umum sudah mengetahui bahawa pakaian yang dipakai oleh Ruqayyah al-Ghasara sudah jelas menutup aurat dari ujung rambut, hingga ke hujung kaki.



2- Seorang staf di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur telah diberhentikan kerja hanya kerana beliau tidak bersetuju dengan undang-undang larangan memakai tudung. Persoalannya,
adakah dengan memakai tudung, maka kerja kita akan terganggu?



Di Iran, polis wanita juga diwajibkan memakai tudung bagi yang muslimah. Kita lihat saja gambar-gambar di bawah, bagaimana muslimah yang memakai pakaian yang lengkap, tidak terhalang untuk melakukan latihan kepolisisan. ...
Fikir-fikirkanlah duhai saudari yang kukasihi kerana Allah, apa yang menghalangimu untuk menutup aurat dengan sempurna dan berhijab?


Segak berkawad..



Tangkas setiap masa..



Bijak menggunakan senjata..



Penuh berhemah...



Ilmu pertahanan diri...



Memasang senjata dalam keadaan tertutup mata...



Cergas..



Kalu mcm ni, mesti selamat punya...



Dalam keadaan sedia...



Polis Malaysia belum tentu boleh...



Latihan menggunakan senjata



Tembakan tepat...


*wahai kawan-kawanku diluar sana y bergelar wanita..renung2 kan lah..tiada alasan untuk kamu semua tidak menutup aurat!!!