LIFE

" ما هو الهدف من الحياة؟ الإسلام يجعل من الواضح أن على المسلم ، منذ البداية ، أن الغرض من الحياة هو دائم إلى الله عز وجل عبادة. وينبغي لنا أن نعرف أن السبيل الوحيد لخلاصنا في الدنيا والآخرة في معرفة الرب الذي خلقنا ، يؤمنون به ، وعبادته وحده "


~~~what is the aim of life? Islam makes it clear to the Muslim, from the very beginning, that the permanent purpose of life is to worship Allaah. We should know that the only way for our salvation in this life and in the Hereafter is to know the Lord who created us, believe in Him, and worship Him alone~~~

Followers

Friday, February 26, 2010

Hanya panduan



“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami, memerlukan keluarga.

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Maka jauhkanlah aku dari anasir-anasir itu,Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Amin.

p/s usahlah pandang semua dengan pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dgn pandangan hati..kita bukan shj dapat melihatNya dimana-mana tetapi dapat merasai rahmat kurnianNya juga,......................



Friday, February 12, 2010

cebisan kenangan~~

Salam hmm setelah sekian lame jgkla menyepi..blog ni di update kembali huhu.. disebabkan masa terlaluu mencemburui sy..sy xde ms nk mengupdate blog ini..=)tpi alhamdulillah now da mse la... Rasa macam punya rumah tapi tak berpenghuni. Rasa macam punya duit tapi tak dikongsi or kereta tanpa pemandu ….sini sy nk kongsi satu lirik lagu y bermakna bgiku..~~=)

cebisan kenangan

ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengenal erti penat jemu
ingatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi

-Ammar-


- actlly lagu ni khas buat sume teman2 seperjuanganku yg sekarang ini masing2 tengah bertungkus lumus menamatkan pengajian dlm bidang masing2...rasa rindu lak ngan kenangan zaman2 dulu masa zaman2 kat sekolah.....tapi entahlah knp sy lbh rindukan zaman2 masa form 4 & 5. ...lucu kan masa tu..hati kita sentiasa rasa ceria ngan gelak tawa dan tak fikirkan ttg hal2 lain kerna matlamat kita hanya satu iaitu SPM,...=)

zmn sekolah mmg best..seronok sgt2 tpi setiap org pasti akan meninggalkan zmn tu kan..dulu dunia kita hanya dgn teman2 seperjuangan,kita hidup bagaikan keluarga, gelak tawa riang,tangis kita krn gembira, kita tak menangis krn cinta, tak perlu menangis krn terluka. hidup kita warna warni.tp skrg bila dh semakin dewasa hati kita sering shja terluka, tangis kita bkn lagi krn gembira..”

mmg mcm itulah nama pn lumrah hidup ..kehidupan kita berteman.semakin kita dewasa macam2 yang akan kita tempuh dan lalui.macam2 pengalaman samada yg mengembirakan atau yg menyedihkan akan kita lalui atau yg kita lihat.itulah hidup.Dan terkadang dalam kita melangkah kita diuji dengan ujian yang terasa sungguh berat sehingga kita terduduk dan menangis. Ya Allah Peritnya terasa… Ujian itu tarbiyyah, sabar itu indah! Tiada erti sebuah keyakinan tanpa disertakan amalan, Tiada erti sebuah akidah jika ia tidak mampu membawa manusia untuk merealisasikan dan berkorban deminya...itulah hidup berteman...

tetapi teman,ketahuilah bahawa Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya itu sendiri. If Allah grants your prayers,He is increasing your faith.If He delays,He is increasing your patience.If not,He know you can handle it!kita kne ingt kate2 tu dlm melalui liku2 kehidupan ini!!

Aduhh c telebih feelin plak mlm ni huhu..xpela..bkn slalu kn..??huhuhu..walauapapun kawan2,kita sentiasa ada KITA, kita sentiasa ada ALLAH.. jangan sedih2 k.. Aku tahu mereka akan tinggal kenangan dalam hidup aku,kalau tidak sekarang,mungkin nanti.Tapi, apa yg aku amat harapkan,biarlah perpisahan itu berlaku didunia,namun tidak diakhirat kelak..moga2 kita akan ditemukan kembali disana...

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kesulitan dan kesedihan.Aku berlindung kepada Engkau dari kelemahan dan kemalasan.Aku berlindung kepada Engkau dari kekikiran dan berhati pengecut.Aku berlindung kepada Engkau dari terbelit hutang dan tertindas org lain.”

(hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

wassalam(^_^)



Saturday, January 16, 2010

untuk seorang yang bergelar Nisa'

Kepadamu wanita..
Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri (anak perempuan). Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita...

Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu,iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan.

Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku, berikanlah aku serta kaum hawa diluar sana kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...aminnnn. ..

Wednesday, December 30, 2009

Aurat Lelaki~~

Assalamualaikum…kepada semua pembaca…y sudi menjenguk kat blog ini…

Segala puji-pujian terhadap ALLAH S.W.T ,Tuhan yang punya ‘alam semesta ini.

Selawat dan salam kepada Junjungan Besar kita,Nabi Muhammad S.A.W,Nabi yang ummi,yang tidak tahu akan bacaan(membaca) serta segala tulisan(menulis),tetapi adalah insan yang cukup mulia,cukup lebih pintar dan mempunyai kefahaman yang cukup mendalam serta dapat membaca akan sagala isi hati dan perasaan manusia melebihi akan akan orang-orang yang tahu membaca dan menulis.

Serta segunung rahmat-NYA,ke atas keluarga Baginda S.A.W dan Para Sahabatnya yang tercinta.dan tidak lupa juga kepada para ‘alim ‘ulamak serta sahabat2 diluar sana yang berjasa dalam meneruskan dakwah yang ditinggalkan oleh Nabi S.A.W……….Amin…..

Disini saya seorang hamba ALLAH y lahil lagi faqir terhadap agama ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang cetek ini kepada semua pembaca serta siapa2 shja yang sudi meluangkan masa bagi menatap penulisan saya yang tidak seberapa ini….

Sebagaimana yang kita lihat disekeling kita…ramai sekali yang membicarakan mengenai aurat wanita..boleh dikatakan di mana-mana kita akan mendengarnya..tetapi pada kali ini saya tidak akan membicarakan mengenai ‘AURAT WANITA’ tetapi ‘AURAT LELAKI’..


Asal perkataan 'aurat' daripada bahasa Arab yang bermaksud 'keaiban' atau setiap sesuatu bahagian anggota yang ditutup oleh manusia secara mengejut dan malu. Jadi setiap insane yang bergelar MUSLIM dan MUSLIMAH perlulah menjaga aurat masing2..

Di dalam hadis riwayat Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Abu Daud,dan Imam At-Turmuzi dinyatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telahpun bersabda yang maksudnya:

"Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki yang lainnya,demikian jugalah wanita juga tidak boleh melihat aurat wanita yang lainnya juga.tidak boleh 2 orang lelaki berada(tidur) di dalam 1 selimut,demikian jugalah bagi wanita dilarang berbuat yang demikiannya".

Para alim ulama’ mazhab mempunyai pelbagai pendapat dan pandangan yang cukup berbeza-beza mengenai had serta batas-batas aurat lelaki.Sama ada melihat atau di lihat oleh orang lainnya.

Bagi pendapat dan pandangan hukum Imam Hanafi dan Imam Hambali "lelaki diwajibkan untuk menutupi auratnya di antara pusat hinggalah melebihi paras lutut daripada dilihat oleh lelaki atau wanita yang bukan mahramnya kecualilah kepada isterinya.Isteri boleh(harus) melihat aurat suaminya,kecuali pada kemaluannya dan demikian jugalah bagi suami kepada isterinya.Ini adalah kerana hukum suami isteri melihat kemaluan masing-masing adalah makhruh hukumnya.

Manakala bagi pendapat dan pandangan hukum menurut Imam Maliki dan Imam Shafie; "Aurat kaum lelaki ada 2 keadaan.(1).Auratnya dengan sesama lelaki dan wanita yang mahram dengannya.(2).Auratnya dengan wanita yang bukan mahram dengannya.Keadaannya dengan golongan yang pertama,iaitu dengan lelaki dan wanita yang mahram dengannya adalah di antara atas pusat hinggalah melebihi paras lutut sahaja.Manakala dengan golongan yang ke 2,iaitu sesama dengan wanita yang bukan mahram dengannya adalah seluruh badannya itu aurat bagi mereka.Ertinya di sini adalah seluruh tubuhnya adalah dilarang untuk di lihat oleh kaum wanita yang bukan mahramnya.Kecuali bagi Imam Maliki yang membolehkan hujung-hujung aurat lelaki boleh di lihat oleh wanita yang bukan mahramnya apabila aman daripada fitnah.Sementara Imam Syafie mengharamkan melihat dengan mata"(Rujuk kepada kitab Al-Fiqh ‘Ala Al-Mazahib Al-Arba’ah).

Jadi disini saya sertakan satu artikel oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar

Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.

Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.

Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?

Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.

Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.

Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.

Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?

Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.

Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.

Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.

Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain-kalau tak salah penulis) dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.

Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.

Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?

Pada pandangan penulis, cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.

p/s ; Jadi sama2 lah kita renungkan semua ini..so sebagai seorang mak ..anak..kakak ..ayah…abang..adik..nasihatlah ayah2mu..abang2mu…kawan2mu sekiranya hal ini berlaku..sekiranya ada silap dan salah tegurlah saya yang faqir ini terutama para sahabat yang mengetahui hal ini selebihnya supaya dapat saya perbetulkan segala kesalahan itu.. Harap sudikan diri para Ustaz-ustaz serta Ustazah-ustazah yang mempunyai ilmu yang banyak untuk membantu saya yang faqir ini.wALLAHu ta ‘ala a’lam…….

Monday, December 28, 2009

Kenal Allah Dahulu Barulah Syariat-Nya


Di dalam ajaran Islam, mengenal Allah lebih dahulu adalah perkara yang pertama dan utama
Selepas itu barulah mengenal Allah agar hamba-hamba- Nya
Di kalangan manusia cinta kepada-Nya

Pepatah melayu ada berkata: Tidak kenal maka tidak cinta
Percaya sahaja adanya Allah tapi tidak kenal Allah sudah tentu cinta tidak berbunga
Tidak cinta kepada Allah, syariat-Nya tidak orang tidak akan menghormati

Mari kita mengenal Allah agar kita cinta kepada-Nya
Allah yang mencipta dunia Akhirat dan seluruh isi-Nya
Mencipta manusia bahkan mencipta segala-galanya
Dia adalah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Melihat, Maha Mendengar,
Maha Berkehendak dan kehendak-Nya tertunai segala-galanya

Allah adalah mengadakan dan mentiadakan, mematikan dan menghidupkan
Menghukum sama ada di dunia mahupun di Akhirat
Kerana keadilan-Nya

Allah adalah segala-galanya
Dialah yang memberi makan dan minum,
Dialah yang menyakitkan dan menyembuhkan
Dia juga menyenangkan dan menyusahkan,
Memiskinkan dan mengkayakan
Menjatuhkan dan menaikkan seseorang atau sesuatu bangsa

Memberi rahmat dan nikmat,memberi nikmat dan bala bencana
Mendidik, mengasuh, menjaga dan memberi keselamatan
Memberi petunjuk dan menyesatkan sesiapa yang Dia suka
Tapi semuanya berlaku dengan ketentuan dan hukuman-Nya

Siapa yang masuk Neraka adalah dengan keadilan-Nya
Siapa yang masuk syurga adalah dengan rahmat-Nya

Allah adalah Zat yang Maha Esa,
Tidak ada bandingan dan tandingan
Tidak ada penyamaan dan penyerupaan
Maha suci daripada penyerupaan dan Maha Suci daripada dapat dilintaskan

Hakikat Zat-Nya Dia sahaja yang mengetahui
Tiada di kalangan makhluk-Nya yang mengetahui
Sekalipun para malaikat yang suci daripada dosa dapat mengetahui

Kuasa atau kudrat-Nya bukan dengan tenaga
Kehendak-Nya bukan dari perasaan-Nya
Tuhan tidak ada perasaan macam manusia
Yang berkuasa dan berkendak adalah Zat-Nya

Begitu juga melihat,mengetahui, mendengar adalah zat-Nya
Yang mempunyai sifat-sifat itu adalah zat-Nya
Yang mempunyai sifat-sifat itu semuanya
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Maha Qahhar dan Jabbar

Tuesday, December 22, 2009

renungan untuk diriku sendiri~~




YA ALLAH..........jadikanlah aku seorang muslimah...mukminah...mujahidah..dan seorang anak,isteri & ibu yg solehah....jadikanlah aku salah satu bidadari di syurga nanti...... Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah...yang baik di antara yang terbaik...dan kurniakan aku pendamping yang baik...dlm mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...

Amin...