LIFE

" ما هو الهدف من الحياة؟ الإسلام يجعل من الواضح أن على المسلم ، منذ البداية ، أن الغرض من الحياة هو دائم إلى الله عز وجل عبادة. وينبغي لنا أن نعرف أن السبيل الوحيد لخلاصنا في الدنيا والآخرة في معرفة الرب الذي خلقنا ، يؤمنون به ، وعبادته وحده "


~~~what is the aim of life? Islam makes it clear to the Muslim, from the very beginning, that the permanent purpose of life is to worship Allaah. We should know that the only way for our salvation in this life and in the Hereafter is to know the Lord who created us, believe in Him, and worship Him alone~~~

Followers

Tuesday, March 13, 2012

BERSAHABATLAH HINGGA KE SYURGA....========rindu

Assalamualaikum.

huuu lama bebenor tak mengupdate blog ksygan ni huhu..mklumlah cikgu busy ..^_^
sebenarnya ada perkara lain yang ana nk kongsi tpi bila difikirkan haltu biarlah rahsi hee =))
tapi hari ini sbenarnya ana tiba2 rindukan adik2 ana ...y ana anggap cam adik ana sendiri...

kak harap tali persahabatan kita berterusaan selamanya ..amin

ni utk adik2 y kak yana sayang!!... bella +sumaiyah +zay

^_^


Melewati lorong waktu... 
Menyusuri jalan-jalan dunia penuh tipu daya... 
Tumpuhi pergantian pagi, siang, petang dan malam... 
Mengarungi bahtera hidup yang sarat akan badai dan fitnah... 
Yang penuh liku dan cubaan 


Dengan persahabatan dan persaudaraan... 
Atas dasar iman dan taqwa... 
Kerana kita diciptakan sebagai makhluk sosial... 
Yang tak kan sanggup untuk sendiri... 
Dan diciptakan manusia itu dalam keadaan lemah[ An Nisa : 28 ]
Dan betapa indahnya persahabatan di jalan Allah kerana ianya yang akan mampu mengiringi kita pada kebahagiaan akhirat, dan yang akan sanggup pula mengantar kita menyelesaikan hidup dngn kebaikan. 


Teman-teman akrab pada hari itu (hari kiamat) sebagianya menjadi musuh sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa [ QS. Az Zukhruf : 67 ]
 Duhai sahabat... Betapa indahnya pertemuan yang mengesankan dan kegembiraan... Persahabatan antara orang-orang beriman dan taqwa... Persahabatan dengan orang-orang yang mampu mendekatkan kita pada Redha dan Rahmat NYA,.. ^^,


Monday, February 6, 2012

Cintailah dia dalam diam.

Assalamualaikum..


sudah lama tak mengupdate blog ni....maklumlah email bt hal huhu....

akhirnya dpt jgk meluahkan isi yang terpendam =))
yes saya punya masalah...

APAKAH?? huhu

masalahnya adalah ana betul-betul sukakan dia tapi mahu lupakan hal itu.. ngehngeh...

Jawapanya kita bebaliklah pada kisah cinta Saidina Ali dan puteri Rasulullah SAW, iaitu cintailah dia dalam diam....


Mari kita baca kisah ni...boleh menitikkan air mata... -.-



Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”

Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa*jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:
“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

p/s: Cintailah dia dalam diam. Macam kisah ini. Dan satu lagi menyukai tak semestinya memiliki. Mungkin si dia bukanlah takdir yang terbaik utk kita.. Jadi mintalah pada yang Maha Penyayang supaya megurniakan pasangan yang terbaik utk kita. Kerana Allah lbih tahu yang mana terbaik buat hambaNya.. Yang paling utma hadirkan dan suburkan cinta kepada Rabbul alamin,kelak kita akan menjumpai cinta yang hakiki~ 

Saturday, January 14, 2012

Beringatlah..~~

السلام عليكم

Alhamdulillah..akhirnya..dapat juga update blog yang sudah berhabuk ini.. ^_^
Sahabat, beringatlah....
Kadang2 ucapan atau tingkah laku kita tanpa sengaja menyakiti hati orang lain, padahal kita sama sekali tidak bermaksud untuk menyakiti mereka. Seringkali kan hal ini terjadi...kadang mungkin terjadinya kes bergaduh disebabkan salah faham..

Itulah pentingnya bersabar dan menahan diri dalam bertutur kata dan berperilaku.

Rendahkan hati kita, tumbuhkan rasa hormat dan penghargaan yg tinggi kepada siapapun, serta wujudkan niat yg suci dalam hati untuk memuliakan sesama.

Jangan pernah ada keinginan atau harapan untuk diperlakukan dgn hal yg sama kerana itu akan melunturkan semangat keikhlasan.

Lakukan yg terbaik, dan lakukanlah dengan hati yg ikhlas. Jangan harapkan balasan kerana Allah akan memuliakan kita ... 6_^

Sunday, November 20, 2011

La Tahzan

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat.


Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu
dan mengambilmu suatu ha...ri nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga...
1.Doa mdpt jodoh & keturunn yg baik.al-anbiya’ ayt 89.
2.Doa agr tenang akibt putus cnta/tunang/kasih. ar-raa’d ayt 39.
3.Doa pdinding dir…i dr sihir/ilmu hitm.albaqarah ayt 285-286.
4.Doa utk mbatalkn sihir/ilmu hitm. yunus ayat 81-82.

Thursday, November 17, 2011

ya Allah kuatkanlah hatiku...

Ya Allah, semoga segala apa yang terjadi walau sepahit mana pun ia melekat dihatiku, 
jadikanlah ia kenangan yang terindah dalam hidupku.
Ya allah,, bagi aku kekuatan.. 
Bagi aku kemampuan.. 
Kuatkan iman aku ya Allah.
 kuatkan agama ku ya Allah..
 Sekiranya aku terkeluar dari landasan mu.. 
Bagi la aku petunjuk mu ya Allah.. 
ya Allah..Jadikan aku sbagai hamba mu yang soleh 
ya Allah.. dekat kan hati ku dengan hati mu ya Allah.. 
ya Allah ya Tuhanku.. 
Berikan la cahaya di setiap ...
percakapan ku.. perbuatan ku.. pergerakan ku.. 
cahaya ....di setiap nadiku.. di setiiap denyutan jantung ku.. 
cahaya di penglihatan ku. pndengaranku.. 
cahaya mu di kiri ku.. kanan ku.. atas ku.. bawah ku.. depan ku dan di belakang ku.. 
ya Allah temukan lah aku dgn seorang sahabat yang sejati ya Allah.. 
sahabat yang boleh menerima baik dan buruk ku ya Allah.. 
berikan aku kekuatan ya Allah dalam mnghadapi dugaan mu di muka bumi ini.. 
berikan aku ketabahan hati ya Allah.. 
kuatkan la mental dan fizikal ku dalam kehidupan yang akan aku lalui ini..
 ya Allah..
 betapa hinanya diri aku di mataMu.. 
betape banyakny dosa yg telah aku lakukan.. 
sesungguhnya aku seorg yang tersangat hina.. 
aku bermohon ya Allah.. 
kau hapuskan lah segala halangan yang menghalang doa ku di terima engkau ya Allah..
 sesungguhnyaa engkau maha mendengar.. 
dengarkan rintihan hati seorang hambaMu yang hina dan lemah tanpa engkau di sisi..
Amin..

-.-

 Bismillahhirahmanirahim

Alhamdulillah akhirnya selesai final exam...

lepas ni boleh lah cuti..cuti-cuti duniO...

sepanjang tahun ini macam banyak sesauatu yang berlaku dan membuat saya terfikir...

apakah kesalahan lampauku.. -.-

sehinggakan berbagai ujian yang engkau berikan..sempanjang semester 3 dan 4 ini...

semoga segala yang berlaku memberikan seribu satu pengalaman kepadaku...

Insyallah..=)

Ya Allah kau ampunilah dosa-dosaku serta dosa-dosa kedua ibu bapaku dan Kau rahmatilah kedua-duanya sebagai mana mereka memelihara ku semasa kecil.. Ya Allah Kau berikanlah aku kekuatan, keimanan dan ketabahan. Dan Ya Allah... Kau lindungilah aku dari segala kekecewaan. Tutupkanlah pintu hatiku ini daripada menyukai mana-mana lelaki lagi.  Amin Ya Rabbal Alamin...

Wanita Ibarat Epal

Epal Yang Tak Berkualiti Amat Mudah Dipengaruhi

Kerana Ia Berguguran Di Tanah.  

Tapi Epal Yang Tak Mampu Dibeli Berada Di Puncak.

Susah Dipetik Dan Digapai.

Terkadang Ia Risau

Kenapa Tiada Yang Memetiknya

Lantas Merendahkan Dirinya Dengan Menggugurkan Diri

Menyembah Tanah Sedangkan Allah

Telah Menjadikan Martabatnya Tinggi

Dan Hanya Lelaki Yang Benar-benar Hebat Yang MampuMemilikinya…


 ~Sesunguhnya Aku Ingin Jadi Wanita Seperti Itu Yang Tinggi Nilainya…~

Tuesday, November 15, 2011

can't WAIT.....hihi

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah paper fonologi n fonetik hari ini tak seperti paper linguistic isnin baru ini..alhamdulillah...=)

semoga paper esok dan lusa begitu juga hendaknya aminn...


can;t WAIT??? 


APAKAH????

hiihihi...actually tak sabar nak habiskan exam...

thenn.....



THENNN......


THEENNNNNN......



on 21st november 2011  next MONDAY......

saya nak jumpa sayang saya..dia nak datang dungun..rumah saya..

haaa DUNGUN??? RUMAH SAYA???

YESS!!!...why??? tak percaya...percayaLAH....

insyallah dengan izinNya samapi lah dia 21st nanti.....

SHARIFAH NABILAH SYED JAAFAR akak tak sabar nak tggu awk...

pastu pergi jalan2...hihi...

(sekadar gambar hiasan) ^^,

nak pergi jalan-jalan dengan niqobis2 cun (BELLA n SUMAIYAH)..my dear sister ....muaaaahhh 

tak sabar...

terasa macam seorang ibu menunggu kepulangan anak di pagi raya..

terasa seperti seorang isteri menunggu keulangan suami tercinta...

yana.....yana...

sudah....

sabar...insyallah dengan izinNya semua plan awak berjalan lancar..

NOW!!!!

study for tommorowww.....hihi

jom kita study...berjuang..berjuang untuk dua paper lagi....^_^