LIFE

" ما هو الهدف من الحياة؟ الإسلام يجعل من الواضح أن على المسلم ، منذ البداية ، أن الغرض من الحياة هو دائم إلى الله عز وجل عبادة. وينبغي لنا أن نعرف أن السبيل الوحيد لخلاصنا في الدنيا والآخرة في معرفة الرب الذي خلقنا ، يؤمنون به ، وعبادته وحده "


~~~what is the aim of life? Islam makes it clear to the Muslim, from the very beginning, that the permanent purpose of life is to worship Allaah. We should know that the only way for our salvation in this life and in the Hereafter is to know the Lord who created us, believe in Him, and worship Him alone~~~

Followers

Wednesday, November 18, 2009

Air oh air ~~

salam hmm rasa dah lama x menulis kat blog ni...hari ni tetiba je terfikir kat satu perkataan dimana kita menggunakannya setiap hari iaitu ' AIR '...untung bagi kita yang hidup cukup dengan bekalan air tidak seperti saudara-saudara kita diluar sana. kita bukan sahaja bekalan air cukup malah makanan juga berlebihan. sebagaimana yang kita tahu air merupakan satu nikmat Allah Taala yang tidak terperi pentingnya bagi setiap hidupan sama ada manusia, tumbuhan dan juga mikroorganisma. Manusia sejak dari peringkat benih lagi (sperma) memerlukan air untuk meneruskan kelangsungan hidup apatah lagi dalam kehidpan sekarang ini. begitu banyak kegunaannya terhadap semua ciptaan ALLAH.

Manusia perlu mengakui hakikat Allah sebagai Al-Khaliq kerana pada hakikatnya setinggi manapun ilmu manusia samada setingg gunung Everest di Banjaran himalaya setinggi 8848 meter ataupun setinggi bangunan tertinggi di Tapei , mereka semua masih belum mampu untuk mencipta air ini. Walaupun komposisi kimia sudah kita ketahui (H20) tapi bolehkah kita mencipta sumber air sendiri sebanyak air di lautan, sebanyak air di sungai, tanpa mengharapkan sumber-sumber semulajadi seperti sungai, tasik dan sebagainya!!!Bahkan unsur oksigen dan hidrogen itu sendiri adalah ciptaanNya.

Firman Allah S.W.T, ….demikian juga Allah menurunkan daripada langit air yang dengannya dihidupkan bumi (tumbuhan) selepas matinya… (Al-Baqarah 164)

Bumi(tanah) memerlukan air supaya segala unsur nutrient seperti kalsium, nitrate, potassium dan sebagainya yang terkandung di dalamnya dapat diambil oleh akar-akar tumbuhan. Unsur-unsur tersebut mesti berada dalam bentuk ion supaya dapat ditukar ganti dengan ion hidrogen ataupun ion hidroksida daripada tumbuhan.

Bagi biji benih, ia akan berada dalam keadaan ‘dormant’ (tidak berlaku sebarang pertumbuhan) selepas dihasilkan daripada tumbuhan atau selepas disebarkan oleh agen penyebaran biji benih (angin, haiwan, serangga dsb) sehingga kehadiran air memecahkan keadaan dormansi resebut. Air akan diserap oleh biji benih dan ia akan mula bercambah menjadi satu generasi yang baru.


Begitulah kebijaksanaan Allah taala dalam merencanakan sesuatu yang semuanya demi kebaikan manusia seluruhnya. Marilah kita sama-sama mensyukuri nikmat yang agung ini dengan menggunakannya dengan sebaik-baiknya tanpa melakukan pembaziran dan sentiasalah bertasbih dan bertahmid kepadaNya.


Wallahuaalam.

No comments: