LIFE

" ما هو الهدف من الحياة؟ الإسلام يجعل من الواضح أن على المسلم ، منذ البداية ، أن الغرض من الحياة هو دائم إلى الله عز وجل عبادة. وينبغي لنا أن نعرف أن السبيل الوحيد لخلاصنا في الدنيا والآخرة في معرفة الرب الذي خلقنا ، يؤمنون به ، وعبادته وحده "


~~~what is the aim of life? Islam makes it clear to the Muslim, from the very beginning, that the permanent purpose of life is to worship Allaah. We should know that the only way for our salvation in this life and in the Hereafter is to know the Lord who created us, believe in Him, and worship Him alone~~~

Followers

Friday, June 26, 2009

IBU BAPA~~



Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.
Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.


1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa. Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).


4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri. Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang
anak.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya. Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang.

Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??
Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.


6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka. Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).


Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.


Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa. Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.


10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.



Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
~Riwayat al-Hakim~

Tuesday, June 23, 2009

~~

salam..
hmm da stat new sem ni mknenya stat balik la kelas tuition tu hehe...mlm ni ngajar budak darjah satu..aduhhh memerlukan kesabaran yang tinggi la...klu x memang masuk parit r semua budak2 tu kene humban...betul la kata orang ngajar budak bru beljar ni susah ...lagi senang ngajar budak y dah pandai or budak universiti walaupun apa yang diajar tu
susah..berbanding ajar budak darjah satu dan apa y diajar tu senang...tu baru 3 orang tadi...klu t kene handle 1 kelas 30-40 orang..xtaw nk ckp apa mintak dari ALLAH supaya memberikan kesabaran yang maksima kepada ku... apa taknye suruh buat tu malas suh buat ni malas..baru darjah 1 tpi kira dah pndai menjawab...hmm cmna la budak2 yang bakal ku ajar di sekolah 4 tahun lagi...mesti lagi advance dari tu...tapi apa2 pun demi mencurahkan ilmu insyALLAH dapat kte handle sume tu nanti..so kawan2 doakan la saya dapat jd cikgu y adil dalam memcurahkan ilmu 4 tahun lagi...

Mangajar itu sedekah yang paling baik

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: “Sebaik-baik sedekah itu bahawa muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudia dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim.”(Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah…. Seandai telah Engkau catatkan, Dia milikku tercipta buatku, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kebahagian antara kami, Agar kemesraan itu abadi…..

Ya Allah… Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ketepian yang sejahtera dan abadi, Maka jodohkanlah kami…..

Tetapi Ya Allah… Seandainya telah Engkau takdirkan, Dia bukan milikku, Bawalah dia jauh dari pandanganku, Luputkanlah dia dari ingatanku, Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…. Berikan aku kekuatan, Menolak bayangannya jauh ke dada langit, Hilang bersama senja yang merah, Agar ku sentiasa tenang, Walaupun tanpa bersama dengannya…..

Ya Allah yang tercinta… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu, Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan, Adalah yang terbaik untuk untukku, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Segala yang terbaik buat hambamu ini……

Ya Allah….. Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku, Di dunia dan di akhirat, Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini, Janganlah Engkau biarkan aku bersendirian, Di dunia ini mahupun di akhirat, Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan Kemungkaran, Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, Ke jalan yang Engkau redhai, Dan kurniakanlah pada keturunan yang soleh dan solehah…..

Ya Allah…. Berilah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat, Dan peliharilah kami dari azab api neraka,

AMIN…AMIN….AMIN YaRabbal’aalamiin….


Untuk sesiapa yg jatuh hati pd seseorang dn berharap si dia mnjdi milik kita..amal2kn doa ni...


" YA Allah seandainya dia diciptakan mnjdi milikku,baik utkku duniaku dan akhiratku..maka satukanlah kami dlm ikatan pernikahan..


tetapi Ya Allah....seandainya dia bukan milikku, tidak baik untukku duniaku dan akhiratku, maka pisahkan kami dn hubungkanlh kami sbg persaudaraan islam.."


Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana ana serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi"


salam...

ALAM YANG DITEMPUH MANUSIA

ALAM YANG DITEMPUH MANUSIA

Hidupku dijalanMu
Matiku di hadapMu

Betapa kita tak pernah tahu, bila hidup dan mati.
Betapa sering sedih dan bahagia berganti.
Betapa airmata dan senyum tak mampu terhitung lagi.

Kuberikan jiwaku
Kuserahkan hidupku
Hanya padaMu ya Allah


As for death, no matter where you may be, death is going to reach you even if you are in

fortified towers.

(maknanya: Di mana sahaja kamu berada kematian akan mendatang kepada

kamu sekalipun di dalam benteng yang tinggi; Surah An-Nisa’ : Ayat 78)


Sebagaimana yang kita tahu, menurut Islam, iaitu merejuk keterangan dalam Al-Quran dan Al-Hadiths dieterangkan dan dikemukan secara jelas dan tegas bahawa tahap-tahap yang dilalui oleh setiap jiwa atau roh manusia itu sebanyak

6 alam. Antara tahapnya itu adalah:-


1) alam roh

2) alam kandungan

3) alam dunia

4) alam maut

5) alam kubur(barzakh)

6) alam akhirat


so sekarang kita tengak penjelasan satu persatu berkenan alam-alam tersebut berdasarkan Al-Quran dan Hadith.



1) ALAM ROH


Hadith Nabi diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:


“ bahawasanya seseorang dari kaun itu dikumpulkan kejadian dalam kandungan ibunya 40 hari, masih berwujud air mani. Lalu jadilah segumpal darah selama 40 hari juga. Kemudian dan diperintah dalam 4 perkara ialah: menuliskan ketetapan tentang rezekinya, ajalnya, amalnya dan menjadi orang celaka atau bahagia.”(Riwayat Imam Muslim)


Dari hadis diatas kita dapat tahu semuanya telah ditetapkan pada diri kita ini. Sebagai hamba-Nya kita haruslah redha dan terima segala apa yang terjadi dalam hidup kita..



2) ALAM KANDUNGAN


Iaitu sewaktu manusia itu masih dalam kandungan ibu dan waktu itulah dimulainya proses kejadian manusia. Dalam hal ini dalam Al-Quran ALLAH S.W.T berfirman dalam surah:-


(Al Muminuun : Ayat 12-14)

“ Dan sesungguhnya kami telah mencipta manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian kami jadilan saripati itu air mani (yang tersimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah , lalu segumpal darah itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci ALLAH pencipta yang paling baik.”


semua ni kita dah belajarkan dalam sains or biology. so sini apa yang ditemui oleh ahli sains itu telah diceritakan secara details dalam Al-Quran. Ini adalah kerana al-quran merupakan panduan hidup kita sebagai muslim…



3) ALAM DUNIA


Setelah manusiitu mengalami kehidupan dalam tahap yang pertama, yakni hidup di dalam kandungan kurang lebih selama Sembilan bulan lamanya, maka setelah itu lalu ALLAH S.W.T melahirkannya dari kandungan sang ibu kea lam wujud yakni alam dunia ini dengan belum mengetahui sesuatu apa pun.


Hal ini telah ditujukan dalan Firman ALLAH S. W.T dari surah :-


(Surah Nahl :Ayat 78)

“ Dan Allah S.W.T mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatuapapun dan dia memberi kamu pendengaran,

penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.”


Firman Allah S.W.T yang seterusnya:


(Surah Al-Hadid : Ayat 20)

“ Ketahuilah, Bahawa sesungguhnya hidup di dunia hanya pergurauan, permainan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berlumba-lumba banyak pada harta benda dan anak-anak.

Umpana demikian itu seperti air hujan yang menakjubkan orang-orang kafir kerana tumbuh-tumbuhanya, kemudian ia menjadi kering lalu engkau lihat dia menjadi kuning, kemudian menjadi lumat(hancur).

Dan diakhir siksa yang keras (untuk orang-orang kafir) dan keampunan dan keredhaan ALLAH S.W.T (untuk orang-orang mukmin).

Hidup di dunia tidak lain, hanya kesukaan tipu daya.”


Firman Allah S.W.T lagi:


(Surah Qiamah : Ayat 36)

“ Apakah manusia itu mengira bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja dengan tiada diminta dipertanggungjawab?.”


Allah S.W.T dalam firman-Nya:


(Surah Al-Jumaah : Ayat 8)

“ Sesungguhnya kematian yang kamu lari darinya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (ALLAH), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu berikan.”


Kehidupan Di Dunia Adalah Sementara

· Tempoh kehidupan di dunia terlalu singkat berbanding di alam akhirat yang kekal abadi.

· Dunia merupakan tempat manusia mencari bekalan untuk hari akhirat.

· Antara bekalan atau amalan tersebut ialah seperti ilmu, ibadat, sedekah jariah, dan seumpamanya.

· Manusia tidak wajar leka dengan keseronokan di dunia hingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih berharga.

· Kedudukan manusia sama seperti seorang perantau yang tidak boleh leka dengan keseronokan di tempat persinggahannya hingga lupa kepada destinasi yang masih jauh.


Jadi sama-samalah kita memanfaatkan masa yang diberi-Nya dengan

perkara yang disuruh-Nya serta menjahui setiap larangan-Nya.



4) ALAM MAUT


~ setiap yang bernyawa tidak akan lari dari mati

“Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu.”(Surah Al-Jumaah : Ayat 8)


~ kematian dengan keizinan ALLAH S.W.T

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin ALLAH, sebagai ketetapan yang tertentu waktunya.”(Surah Al-Imran : Ayat 145)


~ kematian akan tiba di mana-mana sahaja

“Dimana sahaja kamu berada, kematian akan mendatang kepada kamu sekalipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.(Surah An-Nisa’)


~ nyawa tidak ditangguh bila sudah ditentukan

“Maka apabila telah tiba waktu(yang ditentukan) bagi mereka, tiadalah mereka dapat mengundurkanya barang sesaat pun dan tidak(pula) mendahulukannya.”(Surah An-Nahl : Ayat 6)


~ tiap-tiap yang bernyawa sampai ajal maut

“Bagi tiap-tiap umat ada ajalnya.(Surah Al-A’raf : Ayat 34)


~ kesulitan nyawa bila hendak berpisah dengan jasad

“Sakit sakaratulmaut itu, kira0kira tiga peratus sakitnya pukulan dengan pedang.(Imam Ibnu Abi Dunya)


~ kembalikan Jasad dan roh kepada ALLAH S.W.T

“ Dari bumi (tanah) itulah kami menjadikan kmu dan kepadanya kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya kami akan mengeluarkan kamu dari kaki orang lain.”(Surah Toha : Ayat 55)



5) ALAM BARZAH (KUBUR)


Alam kubur merupakan tahap pertama dari Alam Akhirat. Di dalam hadith Nabi s.a.w telah diketemukan dengan jelas dan tegas, bahawa alam kubur itu adalah merupakan tahap pertama untuk alam akhirat. Iapun merupakan suatu taman dari taman-taman syurga, dan merupakan suatu lubang dari lubang-lubang neraka. Sehingga apabila seseorang dapat selamat dalam kuburnya maka untuk tahap-tahap seterusnya akan lebih ringan.


Allah S.W.T berfirman:-


(Surah Al-Taka Astur : Ayat 1-2)

“Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur”


(Surah Al-Infithar : Ayat 1-4)

“Apabila langit terbelah, dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan dan apabila lautan dijadikan meluap dan apabila kuburan-kuburan dibongkar.”


(Surah Abasa : Ayat 18-22)

“Dari apakah Allah menciptakanya? Dari setitis mani, ALLAH S.W.T menciptakanya lalu menetukannya. Kemudian Dia memudahkan jalanya kemudian Dia mematikannya dan memasukkanya ke dalam kubur, kemudian bila Dia menghendaki, Dia membangkitkannya kembali.”



6) ALAM AKHIRAT


Kehidupan akan ditempuh manusia yang terakhir adalah kehidupan di alam akhir. Jadi setiap manusia pasti akan menempuh 6 alam, yaitu dari alam roh, alam kandungan, alam maut, alam dunia, alam barzakh(kubur) dan alam akhirat. Alam akhirat ini adalah merupkan perumahan yang kekal untuk selama-lamanya, yang terdiri dari syurga dan neraka.


Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:


(Surah An-Nisaa’ : Ayat 56)

“Sesungguhnya orang-orang kafir kepada ayat-ayat kami kelak akan kami masukkan mereka ke dalam neraka, setiap kali kulit mereka hangus, kami ganti kulit mereka kulit yang baru, supaya mereka merasakan azab.”


(Surah A’Adiyaat : Ayat 9-11)

“Tidaklah ia tahu, bila dibangkitkan apa-apa yang dalam kubur. Dan diperiksa apa-apa yang dalam dada, sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu maha amat mengetahui amalan mereka.”


(Surah Az-Zilzaal : Ayat 4-8)

“Pada hari itu bumi memberitahu perkhabaranya, Bahawa sesungguhnya Tuhanmu telah mewahyukan (memerintahkan) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar (dari dalam kuburnya) bercerai-cerai, supaya mereka melihat amal perbuatanya.

Barangsiapa mengerjakan kebaikan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya (balasan) kebaikan itu.

Barangsiapa mengerjakan kejahatan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya (pembalasan) kejahatan itu.”


(Surah Qaariah : Ayat 4-11)

“Pada hari itu manusia seperti kupu-kupu yang bertebaran (kerana ketakutan).

Dan gunung-gunung seperti bulu yang ditabur-taburkan.

Adapun orang yang berat timbanganya ( banyak kebajikannya).

Maka ia dalam kehidupan yang diredhai.

Adapun orang yang ringan timbangannya, sedikit kebajikannya, banyak (dosanya).

Maka tempatatnya dalam neraka.

Tahukan engkau apakah ia.

Ialah api yang sangat panas.”


(Surah Al-Khafi : Ayat 46)

“Harta benda dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia, dan (amal-amal) yang kekal lagi baik, lebih, lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu, dan lebih baik dicita-citakan.”


Rujukan : HIDUP DAN MATI (PENGURUSAN JENAZAH

Oleh : UST. HJ NAHRAWI HJ. MARZOKI

Yang dimiliki WALID ku tersayang SYED ALWI =D

Tuesday, June 16, 2009

HELPP MEEE ^_^~~

SALAM..(sekadar gambar hiasan =D cute kan budak tu wearing abaya..)

sejak dua menjak ni rasa cm teringin untuk mencuba jubah
...dah lama xpakai jubah ni dulu time kecik2 slalu je bila besar lupe semua..adeh2 tapi kira okey la still labuh walaupun xselabuh jubah..huhu...sini saya nak promote skit la..kepada gurl2 kat luar sane tu klu nak beli t-shirt tu kan beli la y cm t-shirt summaya ke...Bro-Art nye muslimah tshirt ke...kita semua tahukan cara berpakaian juga mencerminkan akhlak, jadi ia amat penting. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 tafsirnya :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi."

dalam al-Quran pun ada sebut sebagaimana tafsiran ayat diatas...so apa lagi perempuan-perempuan ,,wanita-wanita,,girl-girl,,,nape xnak ikut apa y telah disebutkan dalam al-Quran...

so kat sini saya nk tny sapa2 la taw mne tempat y ade jual jubah-jubah y design moden...klu sapa y baca ni tolong la bagitahu.,.teringin ni...ada satu kte tengok hantaran kawin sepupu ummi kte huhu die nye baju tuk hantaran jubah..jubah indonesia punyer wargghh kepingin..lawa gilaaa warna hitam huhu tapi xde gambar la...sbb dah jadi baju kak dana my ummi punyer spupu,,..huhu..ni lah antara jubah y menjadi igaun ku huhu...xjumpa lagi ni...ni pn jumpa kat MARATUSSOLEH MUSLIM HOUSE tapi da abes warghhh....so sapa y boleh bantu ana help me k hehe...sapa dapat tolong nanti cikgu yana blanje gula-gula seposen hakhak...


ni contoh design jubah modern
(sapa terjumpa mana jual this jubah tell me please huhu)

ni pula jubah jordanni xtaw design apa hehe..tapi lawa

menambah kerja ^_^ ~~

SALAM

hmm bile xada kerja nak buat jdi saya pun mencarila kerja untuk mengisi masa terluang... tdi bila masuk bilik ummi duk tengok2 dekat rak buku walid n ummi saya pun tepandang la kat satu buku tu huhu...dengan mengatalkan tangan ini saya pun ambil la..then tiba2 je berminat tuk baca buku tu walaupun xnmpak menarik hehe... bila baca la skit2 buku tu cerita pasal leadership huhu... so sampai situ je saya leh cite sebab baru baca apa yang tercetak dekat kulit luarnya saja hehe... nanti tunggu la saya habis baca semuanya baru boleh cerita tapi xtaw la bila baru boleh habis maybe next year kot hakhak..
ni la rupanya buku tu..hehe..=D
by Graham Alexander

Apabila Kaum Lelaki Yang Diamanahkan Itu L.A.L.A.I!

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu
adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak
memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan
anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia
sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah
kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah
satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami
mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak
tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?.
Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di
‘taman’ neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan
saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar
melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau
terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat… dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila
ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya…maka anak itu akan disoal
dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa….
krn ibu juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa… selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’
neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah…..

betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya
begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan
mereka.

Firman Allah S.W.T; “Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah
manusia, jin dan batu-batu….”

Saturday, June 13, 2009

kerana aku juga perempuaan~~


Banyak sekali lagu-lagu yang bertema wanita, menyanjunginya, memujinya setinggi langit. Keindahan wanita digambarkan dalam banyak lagu dan puisi. Bahkan Iwan Fals dalam sebuah lagunya menyatakan wanita sebagai syaitan yang menarik ke dalam neraka yang asyik. Sebegitu hebatkah wanita? Para pelukis terkenal pun tidak ketinggalan menjadikan wanita sebagai objeknya.

Di dalam Al-Qur’an pun digambarkan,
Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik. (QS. Ali ‘Imran: 14)

Kerana keindahannya itulah, wanita dieksploitasi. Foto-foto wanita bertebaran dimana-mana dengan gaya apapun. Hanya sedikit iklan produk yang tidak menyertakan wanita sebagai ikonnya. Wanita menjadi hujung tombak pemasaran sebagai stand guide, pramuniaga, dan public relation. Wanita menjadi industri yang menguntungkan. Majalah Playboy dan lainnya yang mengekploitasi keindahan tubuh wanita menjadi tumbuh subur. Business ini pun merambah ke sambungan-sambungan telefon yang memanfaatkan keindahan suara wanita.

Sedarkah wanita menjadi objek yang dimanfaatkan untuk kepentingan syahwat perut dan dibawah perut? Benarkah untuk memenuhi kebutuhan perut harus mempamerkan perut atau bahagian tubuh lainnya?

Rasulullah Sallallahu Alayhi wa Sallam bersabda:

Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir), dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.
(HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan ‘Imran serta selain keduanya)

Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokka n kepala mereka karena sombong dan berpaling dari ketaatan kepada ALLAH dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti punuk onta. Mereka tidak masuk surga dan tidak mendapatkan wanginya surga padahal wanginya bisa didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.
(HR. Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu)

Dari ‘Imran bin Husain beliau berkata Nabi Sallallahu Alayhi wa Sallam bersabda:

Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita.
(HR. Muslim dan Ahmad)

Keindahan wanita menjadi ujian bagi lelaki manapun. Wanita sekarang menjadi objek yang hina. Mereka meninggalkan Islam yang memuliakan wanita dengan kewajipan menjaga aurat dan suara.

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.
(QS. An-Nuur: 31)

Juga Firman-NYA:


Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(QS.Al Ahzaab: 59)

Hai isteri- isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.
(QS. Al- Ahzab: 32)

Rasulullah Sallallahu Alayhi wa Sallam juga bersabda tentang fitnah wanita dalam shahih bukhari,

Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi lelaki daripada wanita. Wanita menjadi fitnah ketika mereka menjadi alat membangkitkan nafsu dan keinginan bagi lelaki.

Jadi, berhati-hatilah wahai wanita kerana kamu tidak kurang disekelilingi oleh ramai lelaki!