LIFE

" ما هو الهدف من الحياة؟ الإسلام يجعل من الواضح أن على المسلم ، منذ البداية ، أن الغرض من الحياة هو دائم إلى الله عز وجل عبادة. وينبغي لنا أن نعرف أن السبيل الوحيد لخلاصنا في الدنيا والآخرة في معرفة الرب الذي خلقنا ، يؤمنون به ، وعبادته وحده "


~~~what is the aim of life? Islam makes it clear to the Muslim, from the very beginning, that the permanent purpose of life is to worship Allaah. We should know that the only way for our salvation in this life and in the Hereafter is to know the Lord who created us, believe in Him, and worship Him alone~~~

Followers

Friday, June 5, 2009

KEHIDUPAN~~

SALAM

Hmm semestinya setiap individu mengetahi untuk apa mereka hidup dan apa yang perlu dilakukan dalam kehidupan kita ini terutama kita yang beragama Islam ini.

Hidup ini indah. Tetapi adakalanya keindahan itu dilindung atau diselubungi mendung dan awan kelabu. Adakala keindahan bertambah seri disinari mentari. Keindahan dan kesayuan bertukar ganti dan kita sendiri tidak pasti. Adakala kita berkobar-kobar dan menyala-yala keinginan untuk mengimpikan syurga, lantas kita merasakan hidup ini penuh erti dan penuh isi. Adakala kita merasa sangat lemah dan terbayang neraka, lalu merasakan hidup ini tiada harapan lagi dan kosong tak bermakna. Hampir kita termenung sendiri, mencari erti di sebalik perhentian dalam kehidupan ini.

Sebagaimana yang kita tahu , kita tidak memilih untuk dihidupkan, tapi kita boleh memilih untuk hidup sepenuh hati. Begitu juga kita tidak tahu bila akan mati, namun kita boleh membuat persediaan menghadapinya.

Dalam kehidupan ini, semestinya tak semua yang kita ingini akan kita perolehi dan tak semua yang kita miliki akan kekal abadi menjadi milik kita. Bak kata pepatah “semalam takkan datang lagi dan besok pula belum pasti”. Apakah harus kita merasa terlalu risau tentang sesuatu yang belum pasti sehinggakan lupa mengisi kehidupan hari ini yang pasti? Kita sedang hidup dan itu adalah suatu kepastian. Besok belum pasti dan itu urusan Dia yang tahu segala.

Hidup di dunia hanya sementara, itu pasti. Satu hari di dunia berakhir tanpa kita sempat berbuat segala-galanya. Oleh itu ingat jangan biarkan umur kita berakhir tanpa kita sempat bersedia berpindah ke alam yang kekal selama-lamanya. Pernah suatu masa kita belum muncul di dunia, dan akan tiba masanya kita meninggalkan dunia. Persoalannya untuk apa kita dibawa ke dunia dan untuk apa pula nanti kita pergi darinya? Kita sendiri tidak pasti bila saatnya kita tersedar bahawa kita sedang hidup di dunia. Benarlah gambaran Al-Quran bahawa hidup kita di dunia ini hanya sepetang. Kita akan rasakan betapa singkatnya ia tatkala kita dibangkitkan di akhirat. Sedarkah kita?

“Telah semakin dekat hari perhitungan amal manusia sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia) dan berpaling (dari akhirat)” Al-Anbiyaa’ : 1

Sedarkah kita, betapa lalainya kita? Ya ALLAH jauhkanlah kelalaian itu dalam jiwa hambaMu ini…

Beruntunglah orang yang mengisi kehidupan dunia ini dengan sebaik mungkin kerana ada yang lebih baik menanti dalam kehidupan selepas dunia. Begitulah sebaliknya, betapa ruginya orang yang mensia-siakan kehidupan dunia kerana di sana menanti seksa selama-lamanya. Beruntunglah orang yang melihat dunia daripada perspektif pencipta kerana apa yang digambarkan sudah tentu menepati tujuan penciptaan. Rugilah orang yang memandang dunia dengan kaca mata nafsu kerana ia pasti terpesong daripada hala tuju.

Perspektif kehidupan ini digambarkan dalam Al-Quran dan dicontohi ke dalam kehidupan melalui As-Sunnah. Sungguh benar sabda Rasulullah SAW bahawa tidak akan sesat orang yang berpegang kepada kedua-dua elemen yang menjadi dasar kepada kesejahteraan hidup di sini dan di sana (di dunia dan di akhirat).

Jika kita ingin hidup seperti mana yang kita kehendaki, bukan sepertimana yang Dia kehendaki, ciptalah satu bumi khusus untuk kita sendiri yang hanya kita berhak meletakkan aturan di dalamnya. Mampukah kita?

Jika tidak mampu, Percayalah bahawa perspektif kehidupan yang paling tepat adalah daripada Dia yang menciptakan kehidupan ini…

WSSALAM...~~~


No comments: