Dalam era pembangunan dan moden ini pengertian ilmu diperlihatkan telah disempitkan dan dimodenkan kepada pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Dalam pengertian barat moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Manakala fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Di mana empiris terhasil daripada pengamatan atau percubaan dalam melalukan sesuatu. Kewujudan perkara lain di luar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka secara automatik ajaran agama terkeluar daripada takrif dan ruang lingkup ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata.
Islam telah menghimpun antara agama dan ilmu. Tidak ada sebarang penentangan antara agama dan ilmu. Hal ini adalah kerana dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu adalah agama dimana ia merupakan dua perkataan berbeza yang membawa kepada kefahaman yang saman. Oleh itu,ilmu menurut perspektif Islam dikenali sebagai sifat, proses dan hasil. Manakala istilah ilmu dalam Islam merangkumi pelbagai perkara iaitu Al-Quran, Syariah, Synnah, Iman, Ilmu Kerohanian, Hikmah, Makrifat, Pemikiran, Sains dan Pendidikan.
Jika dilihat secara tuntasnya. Ilmu dalam islam ini merujuk kepada kenyataan utama iaitu Allah S.W.T merupakan pemilik ilmu yang mutlak manakala manusia hanya dikurniakan secebis daripada ilmu Allah itu bak setitis buih ombak dilautan. Tetapi hal sebegini tidak bermakna kita tidak menguasai bidang-bidang yang diceburi. Namun walaupun dengan adanya secebis ilmu yang dibekalkan kepada kita, sekiranya kita bijak mengatur dan memanfaatkannya ke jalan yang benar ia akan membawa seribu satu kenikmatan yang tidak dapat kita gambarkan secara zahirnya. Jadi di sini, kita dapat memahami bahawa tujuan menuntut ilmu ini adalah bersifat universal iaitu tidak tertumpu kepada matlamat untuk melahirkan individu cerdik pandai sahaja tetapi ia adalah untuk memberikan kita rasa kesedaran terhadap tanggungjawab kita sebagai khalifah yang hidup di muka bumi ini. Oleh itu, kita perlu faham bahawa konsep menuntut ilmu itu bukanlah tiket untuk mendapatkan kemewahan material , melahirkan pekerja yang cekap atau peluang untuk pekerjaan lumayan tetapi lebih kepada penanaman sikap untuk memuliakan ilmu dengan cara menuntutnya dan seterusnya menghayatinya seumur hidup.
Jesteru itu, dengan adanya bekalan yang diperoleh melalui menuntut ilmu iaitu sebarang hasil ilmiah , kita dapat membantu diri serta masyarakat menuju kemajuan dan kecemerlangan dan sentiasa mengingati bahawa menuntut ilmu merupakan fardhu bagi umat Islam dan ianya adalah wajib. Selain itu, kepentingan ilmu ini telah diakui sendiri oleh Rasulallah s.a.w melalui wahyu dan ilham yang disampaikan kepada baginda yang mana ilmu sangat penting untuk kemajuan sesuatu bangsa.Ia juga terbukti dari ajaran Islam yang telah mengangkat begitu tinggi darjat ilmu. Dengan ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh. Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi. Di sini kita dapat lihat pembahagian ilmu daripada ilmuwan Islam yang terkenal iaitu Imam al-Ghazali dan Ibnu Khaldun, bahawa ilmu ini terbahagi kepada dua aspek utama iaitu ilmu dunia dan ilmu akhirat.
Sesebuah negara yang menjurus kearah pembangunan sewajarnya mempunyai Falsafah Pendidikan yang tersendiri begitu jugalah negara kita kerana arus pembangunan ini berterusan dengan adanya individu yang mementingkan ilmu. Dengan penggunaan ideologi yang tersendiri dalam bidang pendidikan iaitu berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), sistem pendidikan mempunyai rasional yang jelas terhadap pendidikan masa depan dengan mewujudkan pemikiran dan prinsip yang sesuai untuk menigkatkan pendidikan di negara kita.
Di sini, dengan pemahaman tersendiri adakah kita jelas dengan prinsip FPK bahawa ianya selari dengan pendidikan yang benar-benar dituntut dalam Islam atau proses menuntut ilmu pengetahuan di Malaysia ini telah jelas pengislaman pada keseluruhannya?
Selepas merdeka, negara-negara Islam termasuk Malaysia, meneruskan sistem pendidikan moden yang bermula di zaman penjajahan. Walau bagaimanapun kurikulumnya diorientasikan dan diubahsuaikan selaras dengan hasrat dan semangat rakyat dan negara yang merdeka. Namun demikian falsafah, pandangan semesta dan nilai-nilai sekular yang mendasari ilmu-ilmu tersebut tidak banyak berubah. Pindaan yang ketara dalam kurikulum negara ini ialah kemasukan matapelajaran Pengetahuan Agama Islam. Keadaan ini menimbulkan semacam dualisme dan dikotomi dalam kurikulum pendidikan kebangsaan.
Jadi sistem pendidikan agama berjalan secara berasingan dan mengekalkan kurikulum yang lama. Tanggapan terhadap ilmu-ilmu moden sebagai sekular menjadikan mereka tidak dapat menguasai ilmu moden sekaligus tidak berupaya aktif dalam pembangunan negara. Sistem pendidikan kebangsaan pula didokong oleh kerajaan tetapi mempunyai produk yang berbeza dengan pelajar sistem agama. Hasilnya masih gagal mempunyai ciri-ciri kesepaduan antara nilai agama dan bukan agama. Keadaan ini mewujudkan dualisme dalam pemikiran dan ia mengekang serta menjejaskan usaha ke arah pembentukan sahsiah diri yang sepadu.
Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil daya usaha serta langkah positif ke arah mewujudkan pendidikan bersepadu dan ilmu bersepadu. Pada tahun 1988, Falsafah pendidikan Negara (FPN) yang berteraskan konsep kesepaduan telah diungkapkan secara bertulis. Sekarang dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) berbunyi :
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensiindividu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
Di sini kita dapat simpulakan bahawa ianya berpaksi kepada tuhan dan pendidikan berterusan sehingga ke akhir hayat. Ianya juga terdapat di dalam elemen yang digariskan menerusi FPK iaitu pendidikan suatu usaha berterusan, perkembangan potensi intelek, perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu, insan yang seimbang dan harmonis, unsur intelek, unsur rohani, unsur emosi, unsur jasmani, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, rakyat Malaysia yang berilmu penngetahuan, rakyat Malaysia yang berketerampilan, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab., rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Berdasarkan elemen yang dinyatakan, pendidikan di negara kita mrangkumi aspek yang diperlukan agama iaitu ilmu dunia dan ilmu akhirat. Oleh itu, dengan wujudnya elemen itu, murid-murid bukan sahaja mempelajari atau menghabiskan sukatan pembelajaran sahaja tetapi iainya juga bertindak sebagai agen pengukuhan akidah serta menekankan ilmu akhirat atau fardhu ain iaitu dengan penyerapan unsur rohani. Jesteru itu,murid-murid akan sedar akan kewujudan serta kekuasaan Allah S.W.T dan belajar untuk mensyukuri pemberian Tuhan. Apa yang kita dapat nyatakan di sini, melalui unsur intelek pula ia menjurus kepada ilmu dunia iaitu fardhu kifayah. Penekannya adalah terhadap penguasaan ilmu kemahiran iaitu menitikberatkan ilmu kemahiran bagi melatih individu berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif bersesuaian dengan persekitaran.
Oleh itu, berdasarkan elemen dan prinsip yang terdapat dalam FPK ianya selari dengan pendapat ilmuan Islam terkenal iaitu Imam al-Ghazali dan Ibnu Khaldun menerusi pembahagian ilmu. Di mana iainya menekankan keseimbangan aspek duniawi dan syurgawi. Jadi semua aspek ini haruslah dihayati oleh semua pihak bagi melahirkan modal insan yang cemerlang akal dan pekertinya terutama para pendidik.
No comments:
Post a Comment