LIFE

" ما هو الهدف من الحياة؟ الإسلام يجعل من الواضح أن على المسلم ، منذ البداية ، أن الغرض من الحياة هو دائم إلى الله عز وجل عبادة. وينبغي لنا أن نعرف أن السبيل الوحيد لخلاصنا في الدنيا والآخرة في معرفة الرب الذي خلقنا ، يؤمنون به ، وعبادته وحده "


~~~what is the aim of life? Islam makes it clear to the Muslim, from the very beginning, that the permanent purpose of life is to worship Allaah. We should know that the only way for our salvation in this life and in the Hereafter is to know the Lord who created us, believe in Him, and worship Him alone~~~

Followers

Wednesday, April 25, 2012

ANDAINYA....




Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
ada waktu2 minta di temani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata-mata

tetapi duhai HAWA
Biarlah Adam yang mencari sendiri tulang rusuknya yang hilang. 
Tunggu & bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. 
Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, 
dia akan datang mencarimu & mengambilmu satu hari nanti.

Apa yang boleh kamu usahakan Hawa 
ialah berdoa agar Adam yang datang itu 
adalah Adam yang beragama, 
beramal dengan agamanya & 
punya akhlak yang baik. 
Adam yang dapat membimbing kamu & 
bakal anak-anak kalian ke jalan yang lurus menuju ke syurga Allah. 
InsyaAllah..
^_^

1 comment:

NiaSuhaimi said...

i really miss u sista :(