Rasa sedih akan hadir apabila terhapus peluang untuk suatu kegembiraan. Itu lumrah. Namun yang silap adalah apabila kita terus bersedih hingga lebih banyak peluang kegembiraan tercicir dari genggaman.
Melepaskanya bukanlah satu perkara yang mudah..mengharunginya juga bukan perkara yang mudah kerana ia meminimakan nilai kehidupan kita…jadi mengapa perlu bersedih?? , dan apakah yang dikatakan sedih?. Ia adalah penyakit hati dan juga pertumbuhan kendiri seseorang berkenaan emosi. Jadi secara tuntasnya, sedih adalah satu perkara normal dalam kehidupan individu yang bergelar manusia. Manusia tidak pernah luntur dari perasaan sedih dan ia juga merupakan pengungkapan rasa terdalam manusia. Menerusi kesedihan akan terlahirnya sebuah perasaan yang dinamakan kekecewaan yang mungkin dapat menusuk jantung. Panahan kekecewaan dari kesedihan ini laksana jarum menusuk kulit. Raut wajah seakan-akan sesuatu menimpa seluruh keluarganya, tiada lagi kegembiraan, kecerian, tiada lagi gelak ketawa yang hadir, sehingga yang cantik kelihatan kusam dan yang kacak pula kelihatan kusut
.
Begitulah kuatnya panahan racun sedih. Tetapi apabila difikir dan bertanya pada diri sendiri. apa itu bersedih sebenarnya? Adakah ia baik atau buruk?
Ada yang menganggapnya indah dan sebaliknya. Menjadikan sedih sebagai hitam putih kehidupan boleh memperlihatkan kita sebagai individu yang kurang berkebolehan dalam menyikap sesuatu permasalahan. Namun mengungkapkan sesuatu disebalik kesedihan itu tetap wujud. Kebiasaanya kesedihan akan menjadi kenangan yang sangat mahal nilainya tatkala mekarnya kegembiraan. Jika dilihat sedih itu pahit ianya amatlah sukar dipadam, seolah terpahat dihati. Sehingga kekal menjadi calar dalam marathon kehidupan. Tetapi ini tidak bermakna saya mendefinisikan sedih itu indah begitu juga sebaliknya.
Mungkin tidak semua individu mengatakan ianya adalah perkara yang indah. Tapi melalui kesedihan itulah ia dapat meratapi kita menuju arus kehidupan yang positif dan menjadi tarbiyah dalam diri akan ujian ditimpa. Mengapa?
Kerana dengan hadirnya perasaan sedih itulah akan mengungkap jiwa kemanusiaan kita mengingat kembali apa yang dilupakan selama ini. Semakin dekat dengan Maha Pencipta, dan menyedari bahawa pada dasarnya kita adalah insan yang lemah. Tetapi kita perlu ingat setiap kekurangan pasti ada kelibihan begitu juga dengan kelebihan pasti ada kurangnya.
“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
p/s : Dengan ujian atau cubaan yang dihadapi itu akan memperteguhkan semangat untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dan memaksimakan ketaqwaanya kepadaNya.
Kesedihan bukanlah penyumbang utama sesorang itu berjaya tetapi pembuka pintu yang menghantar kita ke gerbang kejayaan, kenikmatan dan kegembiran. Jika sedih antonimnya gembira dan rancun pula penawar, jadi… rawatlah luka kesedihan itu dengan penawar yang positif. Berusaha untuk menjadikan gembira sebagai ubat. Memang tidak dinafikan amat sukar mencari kegembiraan dalam kesedihan tetapi ingatlah setiap kesedihan merupakan ujian dari Maha Pencipta, bermakna kesedihan adalah kegembiraan untuk kita semua. Sesungguhnya setiap ujian dan percubaan hidup ini seharusnya kita yakini akan kewujudan hikmah yang Allah S.W.T jadikan. Bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang selalu boleh melemahkan semangat kerana Allah sentiasa mempunyai maksud baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan seorang hamba itu berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Sementara dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat. Ketahuilah bahawa Allah S.W.T itu mencurahkan kasih sayang-Nya dengan mendatangkan berbagai cubaan kepada hamba-Nya semata-mata untuk mengampuni dosa-dosa hambanya.
Hadith yang diriwayatkan oleh Anas ada menunjukkan setiap ujian itu adalalah suatu dari Allah;
Hadith yang diriwayatkan oleh Anas ada menunjukkan setiap ujian itu adalalah suatu dari Allah;
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, sesungguhnya Allah berfirman: “Jika Aku menguji hamba-Ku dengan dua benda yang paling dia sayangi, lalu dia bersabar menghadapinya, maka Aku akan menggantikan keduanya dengan syurga. Yang dimaksudkan dua benda itu adalah kedua matanya.”
(Hadis riwayat Bukhari)
mengisi kesedihan dengan air mata bukanlah penyelesaian negatif
air mata merupakan tandanya kita adalah manusia
air mata jugalah tanda kesyukuran dengan kejernihanya..
air mata lah yang menggambarkan sesuatu yang tersirat di hati kita..
malah air mata merupakan fitrah hari pertama kita di dunia…
dan air mata jugalah yang dicurahkan pada akhir usia kita…
didatangi dengan air mata begitulah dengan kepulangan…
sebegitu akrabnya kita dengannya kerana ...
air matalah yang menjadi teman suka dan duka..
malah dalam air mata jugalah seribu satu kisah tercerita.
ungkapan terima kasih dihulur kerana menjadi kawan, teman dan sahabat saya ketika dalam kesedihan...
Jazakumullahu khairan.. ^_^
p/s : klu ad ape2 kesalahan dipersila tegur..sbb apa y tertulis diatas dbt dlm ms y singkat...
apa y baik semuanya dri Allah dan buruk itu adalah kesilapan sy sendiri...=)
2 comments:
Assalamualaikum w.b.t
Ana, rasa lega bila baca artikel ni. Akak hadapi kekecewaaan yg cukup parah dan akk berusaha bangkit drp rasa kecewa ni terus berlarutan. Bila akk tbaca "ini salah 1 cara ALLAH mengampun kan dosa2 kita", Alhamdulillah semangat akak naik balik dan syukur walaupun terasa sakit sgt dugaan yg menimpa akk ni. Syukur juga pada ALLAH, sebab mengerakkan hati akk tuk baca blog ana. Terima kasih ana. Mudahan ALLAH lapangkan fikiran ana tuk lbey kreatif dlm myediakan artikel yg sterusnya, InshaALLAH =)
alhamdulillah...
aminn mudah2an..ALLAH lpgkn fkiran ana tuk jd lbh kreatif ye..
p/sskrg tgh noidea tuk tulis ppe artikel...moge2 pas ni dpt ilham...xpon akk kasi la ppe topic ana cube nytkn pndpt...
Post a Comment