LIFE

" ما هو الهدف من الحياة؟ الإسلام يجعل من الواضح أن على المسلم ، منذ البداية ، أن الغرض من الحياة هو دائم إلى الله عز وجل عبادة. وينبغي لنا أن نعرف أن السبيل الوحيد لخلاصنا في الدنيا والآخرة في معرفة الرب الذي خلقنا ، يؤمنون به ، وعبادته وحده "


~~~what is the aim of life? Islam makes it clear to the Muslim, from the very beginning, that the permanent purpose of life is to worship Allaah. We should know that the only way for our salvation in this life and in the Hereafter is to know the Lord who created us, believe in Him, and worship Him alone~~~

Followers

Monday, May 24, 2010

education sub!!

benda2 y membuatkan kekusutan melanda jiwaku haha...the psychology of art in child development..teori trait gordon allport..trait raymond catell..organistion of dynmic psychophysic system..language acquistion device...table of strange situation its about attachment-secure,avoidnt,resist,disorgzed...stage of heteromus moral.. moral develpment theory by lawrence kohlberg....sedikit pening tapi menarik


h could dis hpennn....mcm mne cerebral palsy, epilepsi,spina bifida, muscular dystrophy, limb deficiencies,asthma diabetes n luekemia diflasifikasikan sebagai sebagai kecacatan fizikal... cm xlogik je tpi entahlah....serabut2 hehe....

p/s:spe2 blh terangkan sile2 la ye....

Sunday, May 23, 2010

sedih~



Rasa sedih akan hadir apabila terhapus peluang untuk suatu kegembiraan. Itu lumrah. Namun yang silap adalah apabila kita terus bersedih hingga lebih banyak peluang kegembiraan tercicir dari genggaman.

Melepaskanya bukanlah satu perkara yang mudah..mengharunginya juga bukan perkara yang mudah kerana ia meminimakan nilai kehidupan kita…jadi mengapa perlu bersedih?? , dan apakah yang dikatakan sedih?. Ia adalah penyakit hati dan juga pertumbuhan kendiri seseorang berkenaan emosi. Jadi secara tuntasnya, sedih adalah satu perkara normal dalam kehidupan individu yang bergelar manusia. Manusia tidak pernah luntur dari perasaan sedih dan ia juga merupakan pengungkapan rasa terdalam manusia. Menerusi kesedihan akan terlahirnya sebuah perasaan yang dinamakan kekecewaan yang mungkin dapat menusuk jantung. Panahan kekecewaan dari kesedihan ini laksana jarum menusuk kulit. Raut wajah seakan-akan sesuatu menimpa seluruh keluarganya, tiada lagi kegembiraan, kecerian, tiada lagi gelak ketawa yang hadir, sehingga yang cantik kelihatan kusam dan yang kacak pula kelihatan kusut
.


Begitulah kuatnya panahan racun sedih. Tetapi apabila difikir dan bertanya pada diri sendiri. apa itu bersedih sebenarnya? Adakah ia baik atau buruk?

Ada yang menganggapnya indah dan sebaliknya. Menjadikan sedih sebagai hitam putih kehidupan boleh memperlihatkan kita sebagai individu yang kurang berkebolehan dalam menyikap sesuatu permasalahan. Namun mengungkapkan sesuatu disebalik kesedihan itu tetap wujud. Kebiasaanya kesedihan akan menjadi kenangan yang sangat mahal nilainya tatkala mekarnya kegembiraan. Jika dilihat sedih itu pahit ianya amatlah sukar dipadam, seolah terpahat dihati. Sehingga kekal menjadi calar dalam marathon kehidupan. Tetapi ini tidak bermakna saya mendefinisikan sedih itu indah begitu juga sebaliknya.


Mungkin tidak semua individu mengatakan ianya adalah perkara yang indah. Tapi melalui kesedihan itulah ia dapat meratapi kita menuju arus kehidupan yang positif dan menjadi tarbiyah dalam diri akan ujian ditimpa. Mengapa?


Kerana dengan hadirnya perasaan sedih itulah akan mengungkap jiwa kemanusiaan kita mengingat kembali apa yang dilupakan selama ini. Semakin dekat dengan Maha Pencipta, dan menyedari bahawa pada dasarnya kita adalah insan yang lemah. Tetapi kita perlu ingat setiap kekurangan pasti ada kelibihan begitu juga dengan kelebihan pasti ada kurangnya.

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


p/s : Dengan ujian atau cubaan yang dihadapi itu akan memperteguhkan semangat untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dan memaksimakan ketaqwaanya kepadaNya.

Kesedihan bukanlah penyumbang utama sesorang itu berjaya tetapi pembuka pintu yang menghantar kita ke gerbang kejayaan, kenikmatan dan kegembiran. Jika sedih antonimnya gembira dan rancun pula penawar, jadi… rawatlah luka kesedihan itu dengan penawar yang positif. Berusaha untuk menjadikan gembira sebagai ubat. Memang tidak dinafikan amat sukar mencari kegembiraan dalam kesedihan tetapi ingatlah setiap kesedihan merupakan ujian dari Maha Pencipta, bermakna kesedihan adalah kegembiraan untuk kita semua. Sesungguhnya setiap ujian dan percubaan hidup ini seharusnya kita yakini akan kewujudan hikmah yang Allah S.W.T jadikan. Bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang selalu boleh melemahkan semangat kerana Allah sentiasa mempunyai maksud baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan seorang hamba itu berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Sementara dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat. Ketahuilah bahawa Allah S.W.T itu mencurahkan kasih sayang-Nya dengan mendatangkan berbagai cubaan kepada hamba-Nya semata-mata untuk mengampuni dosa-dosa hambanya.
Hadith yang diriwayatkan oleh Anas ada menunjukkan setiap ujian itu adalalah suatu dari Allah;

“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, sesungguhnya Allah berfirman: “Jika Aku menguji hamba-Ku dengan dua benda yang paling dia sayangi, lalu dia bersabar menghadapinya, maka Aku akan menggantikan keduanya dengan syurga. Yang dimaksudkan dua benda itu adalah kedua matanya.”

(Hadis riwayat Bukhari)


mengisi kesedihan dengan air mata bukanlah penyelesaian negatif
air mata merupakan tandanya kita adalah manusia
air mata jugalah tanda kesyukuran dengan kejernihanya..
air mata lah yang menggambarkan sesuatu yang tersirat di hati kita..
malah air mata merupakan fitrah hari pertama kita di dunia…
dan air mata jugalah yang dicurahkan pada akhir usia kita…
didatangi dengan air mata begitulah dengan kepulangan…
sebegitu akrabnya kita dengannya kerana ...

air matalah yang menjadi teman suka dan duka..
malah dalam air mata jugalah seribu satu kisah tercerita.


ungkapan terima kasih dihulur kerana menjadi kawan, teman dan sahabat saya ketika dalam kesedihan...
Jazakumullahu khairan.. ^_^



p/s : klu ad ape2 kesalahan dipersila tegur..sbb apa y tertulis diatas dbt dlm ms y singkat...
apa y baik semuanya dri Allah dan buruk itu adalah kesilapan sy sendiri...=)

Wednesday, May 19, 2010



selamat hari lahir untuk walidku, Syed Alwi b Tn Zuber @ Syed Abd Rahman yang ke-47...


moga dirahmati dan dilindungi Allah...dikurniakan kesihatan yang baik, umur panjang, rezeki berterusan,amin...=)


dengan walid tersayang...ur my hero...my boyfriend..n my everythg..we love u so much!!!!

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU..GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

JIKA HARI INI SEORANG PERDANA MENTERI BERKUASA,
JIKA HARI INI SEORANG RAJA MENAIKI TAKHTA
JIKA HARI INI SEORANG PRESIDEN SEBUAH NEGARA
JIKA HARI INI SEORANG ULAMA YANG MULIA J
IKA HARI INI SEORANG PEGUAM MENANG BICARA
JIKA HARI INI SEORANG PENULIS TERKEMUKA
SEJARAHNYA DIMULAKAN OLEH SEORANG GURU BIASA
DENGAN LEMBUT SABARNYA MENGAJAR TULIS-BACA
(dipetik dari sajak guru oh guru karya Allahyarham Usman Awang)

di sini saya dan semua yang bernama pelajar mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang sanggup berkhidmat sehingga kami semua dapat masuk ke menara gading seperti yang diidam-idamkan dan ada yang telah tercapai apa yang diimpikan...jutaan tahniah dan sekalung penghargaan dihulurkan kepada guru-guru kerana merekalah... kami dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Istilah guru ini haruslah dilihat secara lebih abstrak dimana ia bukan menjurus kepada guru-guru yang mengajar di sekolah sahaja tetapi setiap insan yang pernah mengajar kita satu perkara atau satu huruf termasuklah guru mengaji..pensyarah dll. ibu yang mengandung dan melahirkan kita, serta mendidik dan membesarkan kita dengan sabar juga merpakan seorang guru. dan kita perlu ingat istilah ini juga untuk ibu yang mendidik kesabaran dan ketekunan iaitu Rasulullah sehingga kita dapat kecapi nikmat Islam ini dengan sempurna kerana Baginda juga guru untuk semua. Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di mana jua anda berada sekiranya namamu hanya tercatat diats sekeping kertas atau hanya tinggal batu nisanmu wahai guru ucapan fatihah kami kirimkan kerna dirimu tetap diingatan kami semua insyallah,,,.
n tidak lupauntuk umi ku sayang...selamat hari guru umi...!!! yeahh...sayang umi ...=)
untuk diriku juga selamat hari guru...! hehe n tuk semua kwn2 di IPG seleruh malaysia epi teachers day..moga dpt jdi guru y berdedikasi..kompiten, great, rspnsble, undrstnd, da best teacher soon.....=)
~SELAMAT HARI GURU~

Saturday, April 24, 2010

عيد ميلاد سعيد..


ALHAMDULILLAH… Allah membenarkan diri kakakku, Ain menjejak usia 21 :smile: maknanya dirimu semakin dekat menuju NYA. semoga Allah memberkati Usiamu Kak Ain syg...

Wah tak sangka dah 21 umur kak ain..=) tibe2 je teringat zaman muda mudi dulu...

Terlalu cepat masa berlalu zaman mandi hujan..main air banjir..msok2..men bola .. panggil lintah..kat urmah wan rasa mcm semua tu baru je berlaku

Tapiiii…


lebih 10 tahun dah rupanya.... nanti 10 thn akan datang mcm mn plak ea.. kompem2 time tu mu dah ade keluarga sendiri..n im sure mesti xrse cm skrg.. huuu sdh plk da..huhu

ok jadi sebagai adikmu yang paling comey..hehe

I wish u hepi birthday ~~ “Moga peningkatan umur, menjadi perhentian muhasabah”.semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah selalu…harap gunealah hari-hari mendatang sebaiknya..=)..n….May you be a good Muslimah, student, daughter, sister, friend, mother, wife, mukminah n mujahidah in the future, not only having a good life in this world but in the hereafter. May Allah bless you forever and ever, my beloved sister , SHARIFAH NUR AIN yang tercantik, tercomey, terbaik,terajin DLL...LUV u so MUCH


suke-suke, saje-saje, bosan-bosan ^_6

suke-suke, saje-saje je.huhuhu

PART A (brands of toiletries)



Please state your current brand of the following:



1. hair shampoo :
sunsilk



2. hair conditioner :
xgune pon



3. facial foam :
x gune jgk la



4. scrubs :
adoii also tidak gune la



5. facial cream :
facial cream apakah itu???sy xgunela


6. body lotion :
johnson baby milk lotion



7. shower soap :
johnson baby milk bath


8. lipstick :
xgune n xade...gune gula2 je hehe


9. perfume :
CK tpi ltk dlm kete...kasi wangi gitu huhu



PART B (clothes)


Just state the favourite brand that you have only:



1. t-shirt :
brand hmm xksh...aslkan hmpir ke lutut hohoho...



2. jeans :
haha berzaman kaduk da xbelinye...



3. baju kurung/melayu :
tempah, beli (nk bt sdri xreti)



4. shoes :
sembonia, carlorino, hawkeye, polo, nike, bum, oasis, crocodile



5. slippers :
y bawah RM10..



6. spectacles/sunglasses :
biase2



7. hijjab :
tudung bawal (55 - 60')



8. belt :
xdop la...



9. socks :
y rm1.90 haha...macm2 wane ..colourful gtu...velly22 cute..



10. watch :
polo...dri f5 smpai skrg xtukar2..msih baru n berkilat hakhak




PART C (technology)



1. mobile handphone :
samsung n motorola



2. laptop/notebook :
acer



3. printer/scanner :
brothers



4. camera :
nikon


5. hardisk :
xde...walid ckp xpyh gune...gune pndrve je bnyk2 =P



6. mp3/mp4 :
xde n xberminat



Friday, April 16, 2010

KEBAHAGIAAN SEORANG SUAMI


KEBAHAGIAAN SEORANG SUAMI

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1]

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "

Masyaallah… Alangkah bahagianya dan indahnya mendapat keredhaan suami mcm nie… Adakah kaum adam diluar sana mampu lakukan seperti yg dilakukan oleh suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya sendiri.??….