LIFE

" ما هو الهدف من الحياة؟ الإسلام يجعل من الواضح أن على المسلم ، منذ البداية ، أن الغرض من الحياة هو دائم إلى الله عز وجل عبادة. وينبغي لنا أن نعرف أن السبيل الوحيد لخلاصنا في الدنيا والآخرة في معرفة الرب الذي خلقنا ، يؤمنون به ، وعبادته وحده "


~~~what is the aim of life? Islam makes it clear to the Muslim, from the very beginning, that the permanent purpose of life is to worship Allaah. We should know that the only way for our salvation in this life and in the Hereafter is to know the Lord who created us, believe in Him, and worship Him alone~~~

Followers

Monday, May 4, 2009

DAKWAH

1. Pengetian dari segi bahasa
· Menyeru kepada sesuatu isu (menegas atau mempertahankannya). Samada perkara batil atau hak
· Usaha perkataan, perbuatan dan amalan untuk memalingkan manusia kepada mana-mana jalan atau milah.
وَيَا قَوْمِ مَا لِي أَدْعُوكُمْ إِلَى النَّجَاةِ وَتَدْعُونَنِي إِلَى النَّارِ
· Dan wahai kaumku! Apa halnya aku dengan kamu? Aku mengajak kamu kepada keselamatan dan kamu pula mengajakku ke Neraka?(40:41)

2. Pengertian dari segi istilah
· Dakwah di jalan Allah ialah tugas para rasul yang telah dipilih oleh Allah untuk memikul risalahnya untuk disampaikan kepada manusia. Ia adalah semulia tugas dan sepenting-penting amal, ini kerana para rasul adalah semulia-mulia makhluk Allah yang paling dikasihi (Usul Dakwah: Dr Karim Zaidan).

3. Tujuan Dakwah
· Menta’siskan (mengasaskan) masyarakat Islam seperti yang telah dilakukan para rasul
· Mengislah masyarakat Islam yang ada penyelewengan dan kemungkaran
· Berterusan memastikan masyarakat yang telah berdiri atas kebenaran untuk menjaga keejahteraannya.

4. Tuntutan syarak
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
· Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(9:71)
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
· Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (3:110)
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
· Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.(3:104)

5. Dakwah Wajib untuk semua umat Islam. Samada berpendapat ianya fardhu ain atau fardhu kifayah. (fardhu kifayah bermaksud apabila sesuatu urusan itu berjaya dilakukan oleh satu golongan maka semua golongan terlepas dari dosa. Contoh apabila ada dua orang yang bersolat jemaah, maka masyarakat di kawasan itu terlepas daripada dosa meninggalkan solat berjemaah. Begitu juga dalam urusan jenazah. Jika seorang sahaja sudah mampu untuk menguruskan satu jenazah maka masyarakat yag lainnya terlepas daripada tanggungjawab tersebut. Maka dimaksudkan fardhu kifayah itu bukanlah sekadar ada yang buat. Tetapi bermaksud apabila urusan tersebut berjaya diselesaikan. Jadi selagi mana Islam tidak sampai kepada seluruh umat manusia dan selagi mana khalifah tidak ditegakkan semula, maka seluruh umat islam memikul kewajipan berdakwah!

No comments: