"Pakaian Remaja?" jika kita dengar atau baca perkataan tersebut, secara  automatik kita akan terbayang cara berpakaian remaja kita sekarang terutama  pakaian remaja perempuan. Jenis pakaian yang paling awal tergambar di minda kita  adalah pakaian mereka yang seksi, ketat, terlondeh sana sini dan dedah sana  sini. Tidak dinafikan pakaian demikian juga dikenakan oleh belia dan orang  dewasa, namun tumpuan kita kini adalah kepada golongan remaja yang bakal  menerajui negara.
Cara berpakaian juga mencerminkan akhlak, jadi ia amat  penting untuk dibincangkan bagi menjaga akhlak remaja kita. Di dalam Al-Quran,  Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 tafsirnya :
 
"Wahai Nabi, suruhlah  isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman  supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka  keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang  baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha  Pengampun lagi Maha Mengasihi." 
Dari ayat di atas  tadi, jelas pada kita bahawa pakaian sebilangan remaja kita kini bertentangan  dengan suruhan dan perintah Allah. Namun, mereka tidak menghiraukan yang  demikian asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut  gaya fesyen terkini. Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di  kalangan remaja kita yang berpakaian '2H', HALAL TAPI HARAM. Ini amat ketara  jika kita perhatikan sekeliling kita, ramai juga remaja kita yang bertudung.
Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat, namun jika  diperhatikan ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang  yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling  glamor di kalangan remaja yang bertudung. Suatu ketika dulu, pakaian demikian  begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah pakaian yang  dialu-alukan. Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak 'bersangkutan' dan  'berampaian' di gedung-gedung perniagaan di negara kita ini.
Pelbagai  fesyen baru tumbuh bagai cendawan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga  tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan  antara pakaian kanak-kanak dan remaja. Jika kita kupas '2H' memang banyak  pengertiannya. Namun satu sahaja lagi yang akan kita perkatakan di sini, pakaian  tradisi kita yang telah dieksploitasikan. Baju kurang misalnya, pakaian rasmi  negara kita yang begitu sopan dipandang mata, namun yang menyedihkan kainnya  telah dibelah sehingga menampakkan betis ketika si pemakai melangkah.
Trend 'punk', 'funky', 'rappers', 'gengster', 'skinhead', 'grunge' dan  sebagainya juga mempunyai cara pemakaian mereka yang tersendiri. Trend demikian  bukan hanya di kalangan kaum lelaki malah kaum perempuan. Walaupun pakaian  remaja lelaki tidak begitu menimbulkan masalah dalam mendedahkan aurat, namun ia  tidak sopan malah menjatuhkan maruah budaya negara kita. Ini kerana pakaian  tersebut melambangkan kelemahan pegangan remaja kita terhadap agama dan budaya  bangsa.
Bangsa asing mentertawakan akan kebodohan dan kelemahan remaja  kita kerana dengan mudah mereka membeli dan mempengaruhi minda remaja kita.  Sebilangan dari remaja kita juga, 'lupa' atau 'tidak tahu' akan jantina mereka  sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula  sebaliknya, sungguh kasihan. Golongan seperti ini adalah dilaknat oleh Allah.  Ini jelas dinyatakan dalam hadis Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi  Wasallam yang bermaksud,
"Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan  wanita yang menyerupai lelaki." 
Dengan sedikit contoh  pakaian di atas, jelas pada kita bahawa cara berpakaian sebahagian remaja kita  bertentangan dengan cara pakaian budaya Melayu sekali gus bertentangan dengan  cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Para remaja  begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka  takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno dan berfikiran  sempit.
Islam memang menggalakkan kita untuk terus memajukan diri dan  bukanlah menjadi kesalahan jika kita mengikut negara-negara Barat tersebut  selagi ia tidak bertentangan dengan tuntutan Islam yang suci. Namun dalam hal  pakaian, tidak sesuai untuk kita mengikut mereka, ini kerana pakaian mereka yang  jelas bertentangan dengan Islam dan tidak sesuai dengan cara hidup negara kita  yang berfalsafahkan Melayu Islam Beraja (MIB). Sebagai remaja Melayu Muslim,  kita tidak perlu mengikut budaya asing dalam cara berpakaian.
Pakaian  kita sudah cukup sempurna dan sopan dipandang. Berbaju kurung bagi kaum  perempuan, manakala berbaju 'MIB' dan Cara Melayu bagi lelaki. Namun tidak semua  pakaian tradisi tidak sesuai untuk agama Islam. Jika kita lihat pakaian tradisi  Melayu, baju kebaya zaman dahulu contohnya, ketat dan antaranya dibuat dari kain  kasa sehingga menampakkan kulit si pemakainya. Pun begitu, pakaian tersebut  telah diperbaiki dengan rekaan pakaian kebaya labuh. Jadi kita bolehlah  mengenakan pakaian tersebut.
Di sini tidak bermaksud agar remaja kita  sentiasa mengenakan pakaian demikian, remaja kita boleh juga memakai mana-mana  pakaian yang bersesuaian dengan situasi dan tempat. Bersukan contohnya, lelaki  hendaklah memakai pakaian sukan dan berseluar panjang, manakala perempuan  bertudung, berseluar panjang dan berbaju lengan panjang. Begitu juga ketika  berjalan bersiar-siar dan makan angin. Walaupun tanpa memakai baju kurung, MIB  atau Cara Melayu, remaja kita boleh juga memakai kemeja dan 'blaus' berlengan  panjang, labuh dan tidak menampakkan kulit serta bertudung bagi kaum hawa.
Sebenarnya, tiada budaya yang tertentu yang mesti diikut dalam  berpakaian. Kita boleh mengikut budaya kita sendiri atau budaya asing seperti  budaya Arab dengan memakai jubah atau budaya Cina dan sebagainya selagi ia sopan  dan memenuhi garis pandu yang ditetapkan Islam. Remaja itu sendiri yang tahu  pakaian yang sesuai dengan selera mereka. Tepuk dada tanya selera! Paling  penting hukum Islam jangan dipermainkan.
LIFE
" ما هو الهدف من الحياة؟ الإسلام يجعل من الواضح أن على المسلم ، منذ البداية ، أن الغرض من الحياة هو دائم إلى الله عز وجل عبادة. وينبغي لنا أن نعرف أن السبيل الوحيد لخلاصنا في الدنيا والآخرة في معرفة الرب الذي خلقنا ، يؤمنون به ، وعبادته وحده "
~~~what is the aim of life? Islam makes it clear to the Muslim, from the very beginning, that the permanent purpose of life is to worship Allaah. We should know that the only way for our salvation in this life and in the Hereafter is to know the Lord who created us, believe in Him, and worship Him alone~~~
Followers
 
Friday, May 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
- adik-adik (1)
- catatan diri (1)
- makan-makan ^_^ (1)
- muslimah (1)

 
1 comment:
aah!
betul-betul..
makin maju, makin kecil pula bajunya..
hurm.. apa nak buat an,
tanda-tanda kecil dah nak kiamat..
wallahualam
Post a Comment