LIFE

" ما هو الهدف من الحياة؟ الإسلام يجعل من الواضح أن على المسلم ، منذ البداية ، أن الغرض من الحياة هو دائم إلى الله عز وجل عبادة. وينبغي لنا أن نعرف أن السبيل الوحيد لخلاصنا في الدنيا والآخرة في معرفة الرب الذي خلقنا ، يؤمنون به ، وعبادته وحده "


~~~what is the aim of life? Islam makes it clear to the Muslim, from the very beginning, that the permanent purpose of life is to worship Allaah. We should know that the only way for our salvation in this life and in the Hereafter is to know the Lord who created us, believe in Him, and worship Him alone~~~

Followers

Monday, June 1, 2009

PERKAHWINAN~~

"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi." (HR Tarmidzi dan Ahmad)

Jangan ditunda-tunda apa yang menghimpit saudara kita sehingga mereka sanggup menitiskan air mata. Awalnya adalah kerana mereka menunda apa yang harus disegerakan, mempersulit apa yang seharusnya dimudahkan. Padahal Rasulullah s.a.w. berpesan:

Wahai Ali, ada TIGA PERKARA JANGAN DITUNDA-TUNDA; apabila SOLAT telah tiba waktunya, jenazah apabila telah siap penguburannya, dan perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya." (HR Ahmad)

Hadis ini menujukkan agar tidak boleh mempersulit pernikahan baik langsung maupun tak langsung. Secara LANGSUNG adalah menuntut mahar yang terlalu tinggi. Atau yang sejenis dengan itu. Ada lagi yang TIDAK SECARA LANGSUNG. Mereka membuat kebiasaan yang mempersulit, meski nyata-nyata menuntut mahar yang tinggi atau resepsi yang mewah. Sebahagian orang mengadakan acara peminangan sebagai acara tersendiri yang tidak boleh kalah mewah dari resepsi pernikahan Sebahagian lainnya melazimkan acara penyerahan hadiah atau wang belanja untuk biaya pernikahan secara tersendiri. Bila seseorang tak kuat menahan beban, maka bisa saja melakukan penundaan pernikahan semata-mata HANYA kerana masalah ini.

Saya sangat khawatir akan KERUHNYA NIAT dan BERGESERNYA TUJUAN. Sehingga pernikahan itu kehilangan barokahnya. Naudzubillah! Penyebab lain adalah lemahnya keyakinan kita bahwa Allah pasti akan memberi rezeki atau boleh jadi cerminan dari sifat tidak qona'ah (mencukupkan diri dengan yang ada).

PILIHLAH YANG BERTAKWA. Suatu saat ada yang datang menemui Al Hasan (cucu Rasulullah). Ia ingin bertanya sebaiknya dengan siapa putrinya menikah? Maka Al Hasan r.a berkata:

"Kawinkanlah dia dengan orang yang bertakwa kepada Allah. Ini kerana, jika laki-laki mencintainya, ia memuliakannya, dan jika ia tidak menyenanginya, ia tidak akan berbuat zalim kepadanya."

Nasihat Al- Hasan menuntun kita untuk menjernihkan fikiran. Jika kita menikah dengan orang yang bertakwa, cinta yang semula tiada meski cuma benihnya, dapat bersemi indah kerana komitmen yang memenuhi jiwa.




Sebagaimana yang kita tahu isu ni pasti akan bermain dalam fikiran anak muda yang belum pernah melayari bahtera sebuah perkahwinan begitu juga dengan tuan empunya blog ini..hehe pasti soalan2 tersebut bermain2 di fikiran antum semua..

1. sudah bersediakah aku nak jadi suami/bini orang..??
2. betul ke dia jodoh yang Allah tetapkan untuk aku..??
3. boleh ke aku maintain rumahtangga ni agar bahagia selalu..??
4. dah kawen nnt boleh ke aku buat sume tanggungjawab sbagai suami/isteri..?? tanggungjawab pada mak ayah aku lg..anak-anak lagi...banyaknye...

Macam-macam soalan yang bermain dalam fikiran...
Dipendekkan cerita dan jawapan kepada soalan-soalan tersebut,
1. timbalah ilmu duniawi mahupun ukhrawi (akhirat) sebagai bekalan untuk kita semua meneruskan kehidupan di dunia sampai di akhirat kelak InsyaAllah. mudah-mudahan dengan ilmu tersebut kita dapat membina kehidupan yang lebih baik dan sempurna.
(contoh : rukun nikah, hak suami/isteri, ciri2 isteri yg masuk syurga dsbg-brkenaan dgn topik ni)

2. Sentiasa mengadakan solat istikharah dan solat hajat memohon petunjuk dari Allah bagi memudahkan kita membuat keputusan. (bukan soal jodoh sahaja perlu buat istikharah). Sesungguhnya doa adalah senjata yang paling mustajab bagi orang-orang mukmin dan Allah sangat suka kepada hamba yang berserah kepadaNya.

3. peliharalah diri dan hiasilah diri dengan amalan ilmu dan akhlak yang mulia. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang soleh/solehah. kerana sesungguhnya Allah telah menjanjikan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan begitu juga sebaliknya.

4. berserahlah kepada Allah swt dalam apa jua perkara sekali pun. Kerana sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Andai lambat jodoh tiba, ada rahmat dariNya untuk kita. Andai ada lamaran tiba, ia mungkin untuk menguji kita.

5. Dekatkan diri dengan Allah, Allah pasti akan temukan kita dengan pemilik hati yang mencintaiNya.

Soal nikah ni memang mendebarkan hati para muslimah terutamanya..agaknya siapakah yang bakal suaminya..hmm..ana terasa begitu..ana impikan zaujah yang dapat membimbing ana serta menuntun cinta kepada Allah..Segalanya telah tertulis dalam ketentuanNya. Tinggal kita untuk mengusahakannya. Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan ia berusaha untuk mengubahnya...

7 comments:

Anonymous said...

usaha, doa n tawakkal...

jodoh x kemana..

salam...

liyana syed alwi said...

salam yup btol2..
Berusaha, Berdoa Dan Bertawakkal Kepada Allah

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”

Riwayat Ibn an-Najjar

sapakah gerangan anonymous ni??

Anonymous said...

anonymous ni adalah seseorang yg telah membocorkan rahsia.....hehe

liyana syed alwi said...

owh y membocorkan rahsia siang td tu ye..hukhuk..thnx 4 dat rahsia hehe...

SukaSukiSakan said...

rahsia??uhh..
yana main wahsia2 eyh..
huu

Anonymous said...

yea3..dats afternoon..
hope it will owes be a secret untill the day dat u should open it..
ok...
be patient becoz ALLAH will owes be with someone who got patient in his/her heart..
may ALLAH make u be a succesfull girl..

wasalam.

liyana syed alwi said...

amin...
ok2..
insyALLAH sy akn bersbr dgn smue tu..
may ALLAH bless u...thnx alot..