LIFE

" ما هو الهدف من الحياة؟ الإسلام يجعل من الواضح أن على المسلم ، منذ البداية ، أن الغرض من الحياة هو دائم إلى الله عز وجل عبادة. وينبغي لنا أن نعرف أن السبيل الوحيد لخلاصنا في الدنيا والآخرة في معرفة الرب الذي خلقنا ، يؤمنون به ، وعبادته وحده "


~~~what is the aim of life? Islam makes it clear to the Muslim, from the very beginning, that the permanent purpose of life is to worship Allaah. We should know that the only way for our salvation in this life and in the Hereafter is to know the Lord who created us, believe in Him, and worship Him alone~~~

Followers

Thursday, June 4, 2009

TANGGUNGJAWAB..~~

Tanggungjawab..Sebagaimana yang kita tahu telah ramai yang mengetahui maksud tanggungjawab.. tetapi belum sedar akan kepentingan dan bagaimana ingin melaksanakannya dalam kehidupan seharian. Bagi saya, tak kira tanggungjawab itu besar atau kecil, semuanya sama. Masing-masing punya peranan tersendiri. Mungkin bagi kamu suatu tanggungjawab itu kecil, tapi bagi saya tanggungjawab yang sama itu besar maknanya…tambah-tambahan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH S.W.T yang utama serta tanggungjawab kita sebagai anak..ibu/ayah..isteri/suami dan sebagainya.

Contoh yang paling mudah kita lihat apabila seseorang tidak bertanggungjawab keatas barang-barang yang korang pinjam dari kawan-kawan or etc

Perkara utama ialah tanggungjawab kita sebagai hamba Allah S.W.T di dunia ini. Dalam hubungan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT, seperkara yang perlu kita ingat ialah sebagai insan atau makhluk terbaik yang dicipta oleh Allah S.W.T kita memikul dua amanah yang penting. Pertama, amanah sebagai hamba Allah S.W.T yang dituntut supaya kita mengabdikan diri kepada-Nya.

Kedua, amanah sebagai khalifah di muka bumi yang diberi peranan untuk membangunkan insan dan alam berpandu kepada syariat Allah SWT dengan harapan akan wujud keamanan dan kesejahteraan untuk dinikmati bersama.

Selain itu sebagai seorang muslim semestinya telah melafazkan dua kalimah syahdah sebenarnya telah memikul suatu tanggungjawab yang amat besar, iaitu tanggunjawab dalam menyebarkan Islam ke seluruh alam, menyebarkan Islam sebagai jalan hidup yang terbaik. Secara amnya, setiap Muslim memikul tanggungjawab dakwah, tetapi sayangnya, kebanyakkan Muslim pada hari ini mengabaikan tanggungjawab yang amat penting ini. Ramai yang menyalah ertikan dakwah itu hanya tanggungjawab golongan ‘alim ulama’, tetapi ia sebenarnya adalah tanggungjawab kita semua. Secara dasarnya ia terbahagi kepada dua,iaitu pertamanya dakwah perkataan, dgn bercakap, menegur, menyampaikan ceramah dan sebagainya. Tetapi pembahagian yg kedua iaitu dakwah perbuatan sebenarnya lebih penting, dakwah melalui akhlak peribadi Muslim yang sebenar, menjadi model atau contoh kepada masyarakat sekeliling. Contoh yang terdekat dimana kita dapat lihat melalui tanggungjawab yang dijalankan oleh ibubapa kita atau para pendidik dan tidak lupa juga golangan yang paling berat dalam memikul tanggungjawab iaitu para pemimpin.

Hal ini kita dapat lihat dalam konteks pembangunan dan memakmurkan negara, amanah untuk menguruskan dan mentadbir negara terpikul di bahu para pemimpin yang pada dasarnya mempunyai tiga peranan utama iaitu:

i. Mewujudkan suasana aman dan damai (mengelakkan rasa takut dan cemas bagi setiap penduduknya).

ii. Mewujudkan kemakmuran dan keluasan rezeki dalam penghidupan (rakyat dalam keadaan sihat jasmani dan rohani).

iii. Melahirkan manusia-manusia yang baik dan berakhlak mulia.

Menerusi penerangan itu kita dapat melihat bahawa tanggungjawab yang dipikul oleh pemimpin amatlah besar dan amat berat.Oleh itu sebagai seorang pemimpin sama ada terhadap diri dan keluarga apatah lagi jika memegang kepimpinan yang lebih besar, kita beramanah dan bertanggungjawab atas kepimpinan tersebut malah meletakkan masalah kepimpinan itu pada tahap paling atas sesudah beriman kepada Allah dan Rasul

Dalam menjayakan sesuatu rancangan yang telah dirangka, seseorang pemimpin hendaklah sentiasa meningkatkan ketakwaan dan mendekatkan diri kepada Allah dengan harapan Allah akan memberi pertolongan dan kemudahan dalam mencapai matlamat kepimpinan yang di sebut tadi. Perlu disedari, jika tidak mendapat pertolongan daripada Allah, pasti kita akan gagal dalam melaksanakan sesuatu tugas sebagaimana madah seorang penyair sufi.

Ia berbunyi: "Kalaulah tidak ada pertolongan Allah kepada seseorang pemuda, maka faktor pertama yang merosakkan dirinya ialah usaha dan kesungguhannya sendiri".

Sebagai seorang pemimpin yang beriman kepada Allah, haruslah menjadikan diri Rasullullah SAW sebagai contoh ikutan yang terbaik. Ini kerana Baginda SAW mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang unggul seperti berilmu dan bertakwa, amanah dan bertanggungjawab, adil dan tegas, mengutamakan kepentingan umum terlebih dahulu daripada kepentingan diri sendiri, hidup amat bersederhana dan tidak bermewah-mewah, mengamalkan dan menghargai pendapat serta teguran orang bawahan.

Ini menjadikan diri baginda Rasulullah SAW dikasihi oleh AllahSWT dan para umatnya, malahan baginda juga dihormati dan disegani oleh musuh-musuhnya.

Justeru, para pemimpin hari ini perlulah menjadikan diri Rasulullah SAW sebagai idola, model dan contoh kepimpinan yang terunggul. Kebijaksanaan dan ketokohan Baginda sebagai seorang pemimpin agung melayakkan diri baginda SAW sebagai pemimpin umat yang berjaya, pemimpin rumah tangga yang penyayang, sebagai guru atau pendidik yang tidak mengenal putus asa, bahkan sebagai ketua atau panglima di medan perang yang gagah berani dan sebagainya.

Dan betapa pula kita pada hari ini sebagai pemimpin terhadap diri sendiri, pemimpin dalam keluarga, pemimpin dalam sebuah organisasi atau pertubuhan malahan mungkin ada di antara kita yang menjadi pemimpin lebih besar lagi daripada yang di sebutkan tadi.

Seterusnya kita lihat pula dari sudut tanggungjawab seorang isteri. Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW: "Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya" - HR Abu Daud dan al-Hakim.

Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sekiranya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah. Sabda Rasulullah SAW: "Tidak boleh mentaati mahkluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT" - HR Ahmad.

Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, dia hendaklah meminta izin daripada suami. Sabda Rasulullah SAW: "Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu" - HR al-Bukhari, Muslim dan Ahmad Ibn Hanbal.

Sebagaimana yang kita tahu sebaik-baik perempuan pertamanya ialah :

1) membaikan dirinya seperti menjaga kesihatan tubuh badan untuk memenuhi kehendak suami.

2) Pelihara badan, ikut kehendak suami contohnya cara pemakaian, pakai pakaian yang disukai suami serta memakai bauan yang harum ketika bersama suami.

3) Membuat kerja dalam rumah mengemas atau sebagainya. Yang paling mudah kita lihat untuk menjaga suami ialah memberi suami makanan yang dihasilkan oleh air tangan kita sendiri.

4) Sembahyang fardhu.

5) Puasa

6) Pelihara kemaluan daripada berzina

7) Taat kepada suami.

Di sini saya juga ingin menyetuh sedikit tanggungjawab sebagai seorang suami dimana ia amat besar dan berat bagi hamba ALLAH yang bergelar lelaki. Sebagaimana yang kita tahu rumahtangga yang aman damai itu terbina di antara gabungan kegagahan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita menguruskan rumahtangga. Tentu tidak akan wujud sebuah rumahtangga yang bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelumbutan isteri semata-mata.

Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredhaan Allah swt.pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab dalam ibadah yang khusus (fardhu ain). Firman Allah swt bermaksud:

“Peliharalah dirimu dan keluargamu dari seksa neraka.”

Setelah kita mengetahui sifat-sifat seorang suami,perlu juga diketahui tugas dan tanggungjawabnya iaitu:

1. Menjadi pemimpin keluarga

2. Mengajarkan ahli keluarga ilmu-ilmu fardhu ain(wajib) iaitu tauhid, feqah dan tasauf.

Dimana Ilmu tauhid diajarkan supaya beriktiqad ahli Sunnah Wal Jamaah. Mengajar sifat-sifat yang wajib, mustahil,harus bagi Allah dan Rasulullah saw. Rukun Iman, Islam dan lain-lainnya. Bagi ilmu feqah pula ialah mengajarkan mereka supaya ibadah yang tunaikan itu menepati syariat Islam, seperti soal-soal kerukunan dalam sembahyang dan puasa. Mengenai perkara yang halal, haram, harus, makruh dan sunat. Seterusnya ilmu Tasauf iaitu mendidik ahli keluarga supaya sentiasa berakhlak dalam beramal dan dapat menjaga segala amalannya dari dirosakkan oleh riak, sombong, bangga dan menunjuk-nunjuk serta mengadu domba. Sabda Rasulullah saw bermaksud:

“Tidak mendapati akan Allah oleh seorang dengan dosa yang terlebih besar daripada dosa yang jahil akan segala isi rumahnya.”

Selain itu suami juga bertanggungjawab keatas pakaian yang dipakai oleh isteri dan anak-anaknya terutama anak perempuan..sebagaimana :- Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.“ (al-Ahzab:59)

Sesungguhnya kita dapat lihat bahawa perkataan tanggungjawab amat penting dalam kehidupan kita sebagai hamba ALLAH. Itu sajalah yang dapat saya nyatakan bagi tajuk ini. Sekiranya ada salah minta maaf. Kerana manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan…

SALAM..^_^

3 comments:

syed shafiq said...

salam..

nice post..
ptot diambil manfaat bersama..

tapi warne warni sgt..
hehe..
terlalu meriah..
haha..
nak raya la katekan..
(sedikit juling kataku ini)..haha

liyana syed alwi said...

wsalam..its ok biar tarik perhatian skit tuk membace huhu

Anonymous said...

salam, hehe terima kasih.. akan diambil manfaat inshaAllah.

cuma
satu
kaler tulisan terang sgt, mcm dh juling rasanya. hahaha :))